Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata pasukan pendakwaan mesti membuktikan bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyedari dana yang masuk ke dalam akaun Ambank miliknya berjumlah RM42 juta adalah berkaitan SRC International Sdn Bhd.

Beliau yang mengetuai pasukan pembelaan berkata, terdapat banyak transaksi yang masuk ke akaun bank, namun itu tidak dapat disahkan sama ada wang yang masuk ke akaun Ahli Parlimen Pekan itu adalah berasal daripada sumber haram.

“Duit yang masuk ke dalam akaunnya (Najib), adakah beliau tahu itu daripada sumber haram?

“Jika wang masuk ke akaun saya, adakah saya mempunyai pengetahuan penuh ia (wang) datang daripada sumber yang salah? Ramai pihak yang terlibat,” katanya kepada pemberita di perkarangan Kompleks Mahkamah Tinggi, di sini hari ini.

Ditanya lagi sama ada Najib perlu membuktikan bahawa beliau sedar atau sebaliknya mengenai sumber wang tersebut, Muhammad Shafee berkata ia adalah tanggungjawab pihak pendakwaan untuk berbuat demikian.

“Ini bukan beliau yang perlu tunjukkan, (sebaliknya) pihak pendakwaan perlu menunjukkan bahawa beliau (Najib) bersubahat dan ia sebahagian konspirasi. Ini tugas pendakwaan dan bukan kami (pasukan pembelaan).

“Itulah sebabnya saya katakan lebih daripada apa yang ditunjukkan, apa yang tidak ditunjukkan adalah lebih penting kerana terdapat lebih banyak dokumen yang tidak didedahkan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, pihak pendakwaan hari ini turut memanggil saksi kedua, seorang Pengurus Bank Negara Malaysia (BNM), Azizul Adzani Abdul Ghafar yang memberi keterangan bahawa Bank Negara telah melakukan serbuan di Ambank pada 2015 dan merampas 8 dokumen termasuk 4 dokumen akaun Najib.

Najib berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.

Jika sabit kesalahan, Najib boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda yang boleh sampai lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi.

Perbicaraan bermula hari ini sehingga 10 Mei. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

DIKEMASKINI: Polis Bukit Aman nafi Rosmah, ada bukti transaksi berlian dibeli guna wang 1MDB.

KLIK BACA: Siapa TMJ jika hendak dibandingkan Tun Mahathir, soal Khairuddin

KLIK BACA: Dr Mahathir kagum Ahmad Maslan cerita dongeng isu Felda, tunjuk mana duit untung berbilion

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share