Wartawan veteran A Kadir Jasin menasihati Adun Bukit Kepong Dr Sahruddin Jamal yang hari ini dilantik menjadi menteri besar Johor yang baru “berguru” dengan bekas menteri besar, Osman Sapian. – Foto ISmaweb

Penasihat Media dan Komunikasi Pejabat Perdana Menteri itu berkata, Sr Sahruddin juga perlu belajar daripada Datuk Osman Sapian, selain mengetahui aspirasi rakyat jelata yang memilih Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan di negeri kelahiran UMNO.

“Kita akan ukur dan beri penarafan kepada beliau mengikut piawaian rakyat kerana beliau dipilih dan dibagi amanah oleh rakyat,” kata Datuk A Kadir Jasin, ketika mengulas pelantikan Dr Sahruddin Jamal sebagai Menteri Besar Johor.

Katanya, beliau tidak mengucapkan tahniah kepada Dr Sahruddin kerana dilantik sebagai menteri besar, sebaliknya memberikan ucapan selamat maju jaya dalam menjalankan tanggungjawab kepada penduduk Johor.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, jika Dr Sahruddin kekal dan berjaya menunaikan tanggungjawab kepada rakyat jelata dan memenuhi aspirasi mereka barulah beliau layak menerima ucapan tahniah.

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

“Saya cadangkan beliau “berguru” dengan bekas Menteri Besar, Osman Sapian, tentang mengapa tempoh perkhidmatannya begitu singkat. Beliau juga tidak perlu diingatkan tentang apakah aspirasi rakyat jelata yang memilih Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan di negeri kelahiran Umno pada 9 Mei lalu.

“Cuma saya ingin segarkan ingatan beliau kepada hakikat bahawa majoriti rakyat Johor menolak Umno/Barisan Nasional walaupun Istana Johor secara terbuka memihak dalam pilihan raya umum itu,” katanya, hari ini.

“Berkenaan Dr Sahruddin, ada yang memberitahu saya bahawa beliau pendiam dan kurang bercakap dalam mesyuarat Exco. Sekarang beliau tidaklah boleh diam lagi atau mengikut apa orang lain kata. Beliau mesti berani dan tegas.

“Saya harap anggota Exco, Adun dan pemimpin parti beri sokongan dan tunjuk ajar kepada beliau dan serentak itu memantau prestasi beliau,” katanya.

Pada 9 April lalu, selepas Osman dilaporkan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Dr Mahathir, Kadir turut membuat satu hantaran di blognya yang menyatakan beliau ‘tidak akan bersimpati’ dengan Osman. [BACA SINI]

Biarpun mengakui kenyataannya itu sebagai ‘kejam’, Kadir berpendapat terpaksa bersikap seperti itu kepada individu tertentu demi kebaikan majoriti.  – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

DIKEMASKINI: Polis Bukit Aman nafi Rosmah, ada bukti transaksi berlian dibeli guna wang 1MDB.

KLIK BACA: Siapa TMJ jika hendak dibandingkan Tun Mahathir, soal Khairuddin

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Dr Mahathir kagum Ahmad Maslan cerita dongeng isu Felda, tunjuk mana duit untung berbilion

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share