Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Abduh Nik Aziz berharap kerjasama PAS dan Umno berterusan dan bukan sampai pilihan raya umum (PRU) ke-15 sahaja.

“Sebab itu saya kata biarlah sampai kiamat,” kata Nik Abduh dalam wawancara dengan The Malaysian Insight.

Ahli parlimen Bachok itu juga mengakui bahawa kerjasama itu pada mulanya tidak begitu mendapat sambutan daripada akar umbi PAS kerana mereka merasakan tidak memerlukan Umno.

“Semakin positif, bahkan hubungan baik itu melebih-lebih pula dari pemimpin. Mereka gembira sebab kampung semakin besar.

“Dulu kalau kata (sesebuah kampung) ada 100 buah rumah tapi diasingkan, 50 rumah parti itu 50 rumah pengikut PAS, tapi sekarang tak berlaku,” katanya.

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

Bagaimanapun, tambah Nik Abduh, kemungkinan untuk PAS membentuk kerajaan campuran dengan Umno masih belum dibincangkan.

“Kita belum beri penjelasan untuk itu lagi sebab situasi itu masih berlaku, jadi kita tidak boleh jawab,” katanya.

Selepas PRU ke-14 yang menyaksikan BN kehilangan kuasa di peringkat pusat buat kali pertama, Umno menjalin hubungan rapat dengan PAS dalam barisan pembangkang dan kini memberi saingan sengit kepada kerajaan PH.

Kerjasama kedua-dua parti itu memberikan tiga kemenangan buat BN dalam tujuh siri PRK yang diadakan selepas PRU ke-14, iaitu di Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau.

Sementara itu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir yang juga Pengerusi HARAPAN berkata, PAS akan terus memperalatkan agama bagi kepentingan politik.

“PAS akan terus peralatkan Islam. Berkali-kali usul RUU 355 ditangguh. Tetapi PAS masih menggunakan usul ini untuk menarik sokongan politik,” katanya di laman blog beliau.- Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

DIKEMASKINI: Polis Bukit Aman nafi Rosmah, ada bukti transaksi berlian dibeli guna wang 1MDB.

KLIK BACA: Siapa TMJ jika hendak dibandingkan Tun Mahathir, soal Khairuddin

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Dr Mahathir kagum Ahmad Maslan cerita dongeng isu Felda, tunjuk mana duit untung berbilion

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share