Najib dibicarakan kes SRC International anak syarikat 1MDB membabitkan tuduhan pecah amanah jenayah, salahguna kuasa dan pengubahan wang haram. – Foto Bernama

Hari ini bermula perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Isnin, berhubung dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn. Bhd.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 April lalu memutuskan 15 April sehingga 10 Mei bagi menyambung perbicaraan bekas presiden UMNO itu.

Peguam Negara Tommy Thomas mengetuai pasukan pendakwaan yang dibarisi peguam kanan yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Datuk Sulaiman Abdullah dan Datuk V. Sithambaran.

Pasukan itu turut dibantu DPP, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria, Manoj Kurup, Budiman Lufti Mohamed dan Muhammad Izzat Fauzan.

Manakala Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pembelaan, dibantu peguam Harvinderjit Singh, Muhammad Farhan Muhammad Shafee, Rahmat Hazlan dan Syahirah Hanapiah.

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

Sewaktu membacakan ucapan pembukaan pendakwaan di bilik bicara Mahkamah Tinggi Jenayah tempohari, Thomas berkata, bukti pendakwaan akan menunjukkan Najib mengeluarkan sejumlah 15 cek dari akaun peribadi beliau berjumlah RM10,776,514.

Selain itu, turut cuba dibuktikan ialah perbelanjaan sejumlah AS$130,625 melalui kad kredit Najib di butik Chanel di Honolulu, Hawaii dan penggunaan sejumlah cek untuk kerja-kerja pengubahsuaian kediaman peribadi beliau di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur dan di Pekan, Pahang.

Ahli parlimen Pekan berusia 66 tahun itu berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta sama.

Jika sabit kesalahan, Najib boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda yang boleh sampai lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi.- Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

DIKEMASKINI: Polis Bukit Aman nafi Rosmah, ada bukti transaksi berlian dibeli guna wang 1MDB.

KLIK BACA: Siapa TMJ jika hendak dibandingkan Tun Mahathir, soal Khairuddin

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Dr Mahathir kagum Ahmad Maslan cerita dongeng isu Felda, tunjuk mana duit untung berbilion

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share