Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua menggesa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhenti mengelirukan rakyat berhubung berlian merah jambu bahawa kononnya tidak wujud pembelian rantai berlian dengan wang 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tony Pua mendakwa, dalam wayang skandal berlian merah jambu itu, Najib seperti biasa dilihat cuba memainkan watak yang dianiayai dan ditindas.

“Cerita yang sedang digembur-gemburkan oleh beliau hanya tentang berlian dan barang kemas yang dibawa masuk oleh ejen ke Malaysia untuk dilihat oleh Datin Seri Rosmah.

“Akan tetapi skandal sebenar berlian merah jambu yang sering diketengahkan dalam kes 1MDB ini, bukanlah tentang berlian merah jambu yang dibawa oleh ejen.

“Sebaliknya, skandal ini merujuk kepada rantai pink diamond 22-karat yang ditempah melalui Jho Low untuk Rosmah Mansor dan dibayar dengan duit 1MDB,” katanya.

Najib sebelum ini membuat hantaran di laman sosialnya menjelaskan mengenai isu melibatkan isterinya, Rosmah Mansor yang didakwa membeli berlian merah jambu tidak membeli berlian itu.

Malah, kata Najib, penjelasan Timbalan Menteri Kewangan Amiruddin Hamzah bahawa isterinya tidak membeli berlian itu membuktikan Rosmah menjadi mangsa fitnah.

Mengulas lanjut, Tony berkata laporan DOJ jelas menunjukkan berlian tersebut telah dibeli daripada pereka berlian yang bertapak di New York, Lorraine Schwartz Inc.

“Di atas Topaz, Schwartz telah mempamerkan berlian tersebut kepada Jho Low, Rosmah dengan kawan-kawannya. Mereka juga membincang reka bentuk rantai berlian yang akan memegang berlian merah jambu 22-carat tersebut.

“Pada 28 September 2013, Schwartz sekali lagi berjumpa dengan Jho Low dan Rosmah Mansor di Hotel Mandarin Time Warner di New York untuk menunjukkan gambar rajah rantai berlian yang telah direka,” katanya.

Kemudian, menurut Tony, dua invois didakwa dikeluarkan.

“Invois pertama bertarikh Julai 3, 2013 berjumlah US$23 juta untuk berlian “22.17carat Natural Fancy Intense Pink VS2 clarity (GIA#2115637296) Cut-Cornered Square Modified Brilliant Cut diamond.

“Invois kedua bertarikh Julai 31, 2013 untuk US$4.3 juta untuk rantai berlian yang akan memegang berlian di atas, yang bertulis “one graduate fancy intense pink and oval white diamond necklace with interchangeable pendant to ring.” katanya.

Kata Tony, menurut bukti dakwaan DOJ, kesemua invois tersebut telah dibayar dengan dana yang disalurkan daripada RM2.6 bilion yang telah dimasukan ke dalam akaun peribadi Najib Razak, pada tahun 2013.

Akhirnya, rantai berlian merah jambu itu dihantar kepada Rosmah Mansor melalui rakannya di Hong Kong pada 7 Mac 2014.

Justeru itu, Tony mencabar Najib dan Rosmah menafikan secara spesifik terhadap semua dakwaan serta bukti yang dikemukakan DOJ.

“Apa sebabnya, sehingga hari ini, pasangan suami isteri ini tak pernah menafikan perkara tersebut (dakwaan DOJ).

“Sekarang cuba memperbodohkan rakyat dengan aliran fakta yang bercelaru dan menyembunyikan fakta sebenar pula,” katanya dalam kenyataan yang disiar Malaysiakini. 

DIKEMASKINI: Polis Bukit Aman nafi Rosmah, ada bukti transaksi berlian dibeli guna wang 1MDB.

KLIK BACA: Siapa TMJ jika hendak dibandingkan Tun Mahathir, soal Khairuddin

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KEMASKINI: ‘Sebab ada orang nak memukul sesuka hati’ – Tun Mahathir

KLIK BACA: Dr Mahathir kagum Ahmad Maslan cerita dongeng isu Felda, tunjuk mana duit untung berbilion

KLIK BACA: TH Darurat Macam Isteri Nak Bersalin – Zeti & Khairuddin

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share