Berita terkini isu Rosmah Mansor didakwa membeli berlian merah jambu berharga lebih kurang 90 juta. – Foto Malaysiakini BM

oleh Muhsin Abdullah

Pada 10 April lalu Rosmah Mansor memberitahu media bahawa ada orang (atau sejumlah orang) datang menemuinya untuk memohon maaf kepadanya, dan dia memaafkan mereka.

Tetapi, kata Rosmah, apa yang lebih penting ialah orang itu mesti memohon maaf kepada rakyat kerana membuat mereka percaya kepada ‘fitnah’ yang dilemparkan terhadapnya.

Katanya lagi, dia ingatkan rakyat bijak untuk “mempercayai kebenaran) tetapi “mereka terpedaya dengan pembohongan” terhadapnya.

Apa yang mendorong isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu tampil berkata demikian ialah kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Amiruddin Hamzah mengenai berlian 22 karat berwarna merah jambu yang kerap dikaitkan dengannya.

Dua hari sebelumnya, Amiruddin memberitahu Dewan Rakyat bahawa ejen jualan yang membawa berlian bernilai jutaan ringgit itu telah dibawa keluar dari negara.

“Ya, ejen dah ikrar bawa (berlian) masuk, kemudian ada pengikraran benda yang sama bawa keluar. Jadi tidak berlaku pembelian (oleh isteri VVIP itu), sudah dibawa balik oleh ejen ini,” katanya.

Bagi Rosmah, kenyataan itu jelas membersihkan namanya daripada yang disifatkannya sebagai tohmahan dan fitnah berkaitan berlian merah jambu itu.

Namun jika diteliti kenyataan timbalan menteri kewangan, kata kuncinya ialah tiada pembelian di Malaysia.

Ia sama sekali tidak bermakna berlian itu tidak dijual atau tidak dibeli sama sekali.

Apa pun suami Rosmah, Najib ketika ditemuramah rangkaian berita antarabangsa Al Jazeera Oktober lalu turut ditanya mengenai berlian merah jambu itu.

Kata Najib, ia merupakan hadiah pemberian putera Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mansour Zayed dan dia tidak tahu siapa yang membayar untuknya.

Mengapa pula putera raja itu mahu memberi hadiah, apatah lagi berlian yang cukup mahal harganya?

Kata Najib, pemberian hadiah mahal memang budaya Timur Tengah.

Kesimpulannya berlian merah jambu tidak dibeli di Malaysia. Tetapi mungkinkah transaksi dibuat di luar negara?

Adakah ia dibeli dengan wang 1MDB? Siapa yang membeli dan menerimanya? Berlian itu milik siapa sekarang?

Nampaknya kena tunggu kes 1MDB dibicarakan di mahkamah. Rasanya semua akan terhurai di sana.

Sementara itu saya ingin tegaskan untuk mengatakan rakyat tidak bijak kerana terpedaya dengan pembohongan mengenai berlian merah jambu itu adalah satu kenyataan yang tidak adil.

Tidak adil untuk rakyat biasa.

MOHSIN ABDULLAH ialah seorang wartawan tua yang menulis mengenai itu dan ini, di sana dan di sini. Tulisan adalah pandangan penulis yang tidak semestinya mewakili pendirian MalaysiaStyloNews. – Majalah Review Malaysia

DIKEMASKINI: Polis Bukit Aman nafi Rosmah, ada bukti transaksi berlian dibeli guna wang 1MDB.

KLIK BACA: Siapa TMJ jika hendak dibandingkan Tun Mahathir, soal Khairuddin

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KEMASKINI: ‘Sebab ada orang nak memukul sesuka hati’ – Tun Mahathir

KLIK BACA: Dr Mahathir kagum Ahmad Maslan cerita dongeng isu Felda, tunjuk mana duit untung berbilion

KLIK BACA: TH Darurat Macam Isteri Nak Bersalin – Zeti & Khairuddin

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share