Dakwaan PAS menerima RM90 juta daripada Umno mula-mula didedahkan oleh Clare Rewcastle Brown pemilik portal Sarawak Report . ― Foto Ismaweb

Siasatan kes pemberian wang Umno kepada PAS mendedahkan RM3.5  juta darinya diberikan kepada PAS Terengganu.

The Star melaporkan menurut sumber, penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati jumlah itu adalah sebahagian daripada RM90 juta yang diterima PAS namun enggan mendedahkan butiran transaksi.

“Kami telah menyerahkan hasil siasatan kepada timbalan pendakwa raya. Mereka akan tentukan sama ada boleh dijadikan kes dan bila akan dibawa ke mahkamah,” kata sumber kepada akhbar itu.

Katanya SPRM kini fokus kepada akaun beberapa pemimpin PAS selepas tidak menemui kaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan akaun bank rasmi PAS.

Tambah sumber, pendakwa raya juga mempunyai dokumen yang dikaitkan dengan pembayaran RM1.4 juta kepada pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle Brown.

Tuduhan bahawa PAS menerima RM90 juta dari Umno dibuat oleh Sarawak Report pada 6 Ogos 2016.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyaman pemiliknya Clare Rewcastle Brown atas dakwaan itu, tetapi kedua-duanya menyelesaikan perkara itu daripada mahkamah.

Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Bhd Datuk Rameli Musa pada bulan lalu mempersoalkan mengenai RM1.4 juta yang dilaporkan telah dibayar kepada Rewcastle Brown untuk menyelesaikan saman itu. – Majalah Review Malaysia

DIKEMASKINI: Polis Bukit Aman nafi Rosmah, ada bukti transaksi berlian dibeli guna wang 1MDB.

KLIK BACA: Siapa TMJ jika hendak dibandingkan Tun Mahathir, soal Khairuddin

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KEMASKINI: ‘Sebab ada orang nak memukul sesuka hati’ – Tun Mahathir

KLIK BACA: Dr Mahathir kagum Ahmad Maslan cerita dongeng isu Felda, tunjuk mana duit untung berbilion

KLIK BACA: TH Darurat Macam Isteri Nak Bersalin – Zeti & Khairuddin

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share