Low Taek Jho atau Jho Low dalang utama kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dipercayai tinggal di China.

Akhbar harian Sin Chew Daily melaporkan menurut sumber, Jho Low baru-baru ini berkunjung ke beberapa negara seperti Hong Kong, Macau, Shanghai, Shenzhen, Beijing dan Hainan di China.

Menurut laporan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama rapat dengan Biro Keselamatan Awam China untuk menjejaki Jho Low tetapi malangnya, China masih belum dapat mengesannya.

Pada 3, April lalu semasa perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan SRC International, akhbar itu melaporkan polis Malaysia akan menahannya secepat mungkin.

Selain Malaysia, Jho Low dikehendaki oleh Singapura dan Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (AS).

Menurut akhbar Sin Chew Daily yang dipetik portal mStar, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan berkunjung ke China bagi membantu mengesan Jho Low.

Dr Mahathir dilaporkan akan meminta bantuan China untuk mengesan Jho Low apabila beliau menghadiri sebuah persidangan di Beijing pada 26 dan 27 April ini.

Sebelum ini media melaporkan kerelaan Hishammuddin Hussein yang juga sepupu kepada Najib mencari Jho Low di China dan membawanya pulang bagi menyelesaikan skandal 1MDB secara muktamad. – Majalah Review Malaysia

DIKEMASKINI: Polis Bukit Aman nafi Rosmah, ada bukti transaksi berlian dibeli guna wang 1MDB.

KLIK BACA: Siapa TMJ jika hendak dibandingkan Tun Mahathir, soal Khairuddin

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KEMASKINI: ‘Sebab ada orang nak memukul sesuka hati’ – Tun Mahathir

KLIK BACA: Dr Mahathir kagum Ahmad Maslan cerita dongeng isu Felda, tunjuk mana duit untung berbilion

KLIK BACA: TH Darurat Macam Isteri Nak Bersalin – Zeti & Khairuddin

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share