Petronas mengesahkan kebakaran dan letupan di tapak projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang, Johor awal pagi tadi. – Foto Facebook

Kebakaran dan letupan berlaku di Kompleks Bersepadu Petronas di Pengerang, johor awal pagi ini.

Menurut Petronas, letupan itu berlaku kira-kira jam 1.25 pagi tadi. Satu pasukan pencegah kebakaran dan kecemasan digerakkan dan kebakaran berjaya dikawal dalam masa 30 minit.

“Keadaan terkawal dan semua pihak berkuasa terbabit telah dimaklumkan, ” katanya dalam satu kenyataan, dengan menambah satu siasatan mengenai punca kejadian juga sedang dijalankan.

Laporan media mengatakan kebakaran dan letupan berkenaan kemungkinan disebabkan oleh kebocoran tangki gas.

Pengguna media sosial mendakwa merasakan gegaran akibat letupan di Pasir Gudang yang terletak kira-kira 80 kilometer perjalanan menaiki kereta.

Bernama pula melaporkan dua warga tempatan disahkan cedera dalam insiden kebakaran di satu daripada lot tapak projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Pengerang, dekat Kota Tinggi awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Ahsmon Bajah yang mengesahkan perkara itu berkata kejadian berlaku kira-kira 1.20 pagi tadi.

Katanya, Pasukan Bertindak Kecemasan (ERT) dengan lima kenderaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Petronas RAPID Pengerang dengan kekuatan 30 kakitangan telah diaktifkan ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan mengenai insiden itu.

“Kebakaran dapat dikawal dan dipadamkan sepenuhnya pada jam 2.15 pagi tadi.

“Kedua-dua mangsa yang merupakan pengawal keselamatan itu, telah dirawat sebagai pesakit luar di Pusat Kecemasan Perubatan RAPID Pengerang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahsmon berkata siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar insiden berkenaan akan dibuat bersama-sama Jawatankuasa Keselamatan Dan Sosial (Jaksas) Negeri Johor, Jawatankuasa Bencana Peringkat Daerah dan pihak Pengurusan Keselamatan Petronas RAPID Pengerang.

“Pihak polis memuji tindak balas ERT Petronas RAPID Pengerang yang dapat mengawal sepenuhnya insiden terpencil ini dalam masa yang singkat,” katanya. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Siapa TMJ jika hendak dibandingkan Tun Mahathir, soal Khairuddin

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KEMASKINI: ‘Sebab ada orang nak memukul sesuka hati’ – Tun Mahathir

KLIK BACA: Dr Mahathir kagum Ahmad Maslan cerita dongeng isu Felda, tunjuk mana duit untung berbilion

KLIK BACA: TH Darurat Macam Isteri Nak Bersalin – Zeti & Khairuddin

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

KLIK BACA: “Ada klepto berserban jadi imam, ahli syurga berduyun-duyun pergi ke SPRM” – Rafidah

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share