Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, masalah kewangan yang dihadapi Felda berpunca dari kegagalan tadbir urus kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

“Kerajaan sebelum ini banyak memeterai projek mewah dan kontrak melambung (lavish and exaggerated contracts) yang menyebabkan Felda akhirnya terpaksa meminta bantuan kerajaan bagi memastikan kelangsungan operasinya,” kata Muhyiddin dalam satu kenyataan hari ini.

Muhyiddin turut mengesahkan hasil daripada khidmat yang didapatkan daripada firma akauntan Ernst & Young untuk melaksanakan audit forensik dan firma guaman Lee Hishamuddin Allen & Gledhill telah mendapati Felda menjadi mangsa penipuan dan pelanggaran korporat.

“Selaras dengan penemuan audit forensik pada 8 April 2019, Ketua Pengarah Felda, Datuk Dr. Othman Omar telah membuat dua laporan polis berkenaan Eagle High Plantation Investment (EHP) dan KL Vertical City Project (KLVC) yang menunjukkan berlakunya salah laku jenayah sehingga menyebabkan Felda menanggung kerugian berbilion ringgit,” katanya.

“Datuk Seri Najib telah mengeluarkan kenyataan dengan tujuan untuk mengelirukan orang awam terutamanya orang Melayu dan peneroka Felda. Beliau mengatakan EHP adalah pelaburan strategik yang baik untuk FELDA dan negara,” kata Muhyiddin dalam kenyataan tersebut.

Menurutnya, Felda telah membeli EHP dengan harga RM2.5 bilion dahulu tetapi sebenarnya ia cuma bernilai RM500 juta sekarang. Ini bermakna Felda mengalami kerugian sebanyak RM2 bilion bersamaan dengan 300 peratus melebihi harga sebenar.

Beliau turut menegaskan kerajaan Pakatan Harapan komited untuk mendedahkan para penyangak yang telah menyebabkan Felda menanggung kerugian dan membawa mereka ke muka pengadilan. – Majalah Review Malaysia

KEMASKINI: ‘Sebab ada orang nak memukul sesuka hati’ – Tun Mahathir

KLIK BACA: Dr Mahathir kagum Ahmad Maslan cerita dongeng isu Felda, tunjuk mana duit untung berbilion

KLIK BACA: TH Darurat Macam Isteri Nak Bersalin – Zeti & Khairuddin

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

KLIK BACA: “Ada klepto berserban jadi imam, ahli syurga berduyun-duyun pergi ke SPRM” – Rafidah

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share