Isteri Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor bersyukur dengan pengesahan bahawa beliau tidak terlibat dalam pembelian berlian merah jambu.

Rosmah berkata demikian apabila ditanya mengenai pengesahan daripada timbalan menteri kewangan bahawa tiada pembelian berlian merah jambu dibuat oleh seorang isteri VVIP.

Rosmah berkata sebagai isteri seorang pemimpin negara, beliau turut perlu menghadapi dakwaan penipuan tersebut bersama suaminya.

“Orang ramai pilih untuk mendengar kepada penipuan, pada cerita-cerita tidak benar yang memburukkan saya dan suami saya (Najib Razak).

“Jadi kita hanya perlu laluinya dan malangnya rakyat menderita kerana semua ini, kerana mereka semua pilih untuk percaya penipuan, kerana penipuan lagi menarik dan sedap didengar.

“Ada orang yang datang minta maaf, saya dah maafkan. Tapi apa yang mustahak, minta maaf pada rakyat.

“Oleh kerana mereka (rakyat) percayakan fitnah-fitnah yang disebarkan kepada saya, ini baru salah satu saja. saya redha.

“Saya faham suami saya merupakan seorang pemimpin negara, jadi kalau apa yang dia mengalami, saya pun terpaksa mengalami kerana saya isteri dia.

“Jadi saya sabar demi untuk kesejahteraan rakyat, demi untuk kesejahteraan negara, saya sabar akan hadapi apa juga dugaan yang Allah bagi pada saya,” katanya kepada pemberita di Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Rosmah hari ini didakwa dengan pertuduhan baru menerima RM5 juta rasuah bagi projek hibrid solar sekolah di Sarawak. Sebelum ini beliau dituduh menerima tunai RM1.5 juta bagi projek tersebut.

Pada 8 April, Timbalan Menteri Kewangan Amiruddin Hamzah berkata ejen jualan yang membawa masuk berlian merah jambu dan barangan kemas lain ke Malaysia untuk isteri seorang VVIP telah mengisytiharkan barangan berharga berkenaan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Dia juga mengisytiharkan barangan berkenaan dengan jabatan yang sama ketika meninggalkan negara ini. – Majalah Review Malaysia

DIKEMASKINI: TMJ jawab amaran Tun Mahathir, silakan…

KEMASKINI: ‘Sebab ada orang nak memukul sesuka hati’ – Tun Mahathir

KLIK BACA:  Pelantikan Menteri Besar Johor keputusan Kerajaan bukan Sultan – PM Dr Mahathir

KLIK BACA: Dr Mahathir kagum Ahmad Maslan cerita dongeng isu Felda, tunjuk mana duit untung berbilion

KLIK BACA: TH Darurat Macam Isteri Nak Bersalin – Zeti & Khairuddin

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

KLIK BACA: “Ada klepto berserban jadi imam, ahli syurga berduyun-duyun pergi ke SPRM” – Rafidah

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share