BALIK PULAU: Akibat menjalinkan ‘hubungan asmara’ terlarang dengan pelajar perempuan Tingkatan Satu, seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah menengah di Balik Pulau, Pulau Pinang ditahan polis selepas dipercayai merogol gadis bawah umur berkenaan.

Portal Astro Awani melaporkan suspek berumur 24 tahun yang sudah berkahwin itu ditahan polis di pos kawalan sekolah berkenaan pada jam 2.20 petang Selasa selepas ibu mangsa membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan berkata, ibu mangsa mengesyaki anaknya itu mempunyai hubungan dengan pengawal keselamatan terbabit selepas mendapat bukti mereka pernah dilihat bercium.

Bagaimanapun pelajar berkenaan enggan mengaku dia mempunyai hubungan dengan suspek walaupun didesak ibunya berkali-kali.

Anbalagan berkata, siasatan awal mendapati suspek mengaku mereka bercinta sejak Februari lalu dan pernah mengadakan hubungan seks dengan pelajar terbabit awal Mac lalu di dalam pos pengawal keselamatan.

Susulan itu, pihak polis telah membawa remaja itu menjalani pemeriksaan di Hospital Pulau Pinang ( HPP).

Katanya, suspek akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. –  Majalah Review Malaysia

DIKEMASKINI: TMJ jawab amaran Tun Mahathir, silakan…

DIKEMASKINI: ‘Sebab ada orang nak memukul sesuka hati’ – Tun Mahathir

KLIK BACA: Komplot culik Najib, Zahid, Hisham dan Khairy, 2 bekas askar didapati bersalah.

KLIK BACA: TH Darurat Macam Isteri Nak Bersalin – Zeti & Khairuddin

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

KLIK BACA: “Ada klepto berserban jadi imam, ahli syurga berduyun-duyun pergi ke SPRM” – Rafidah

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share