Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi Twitternya hari ini memaklumkan titah supaya Menteri Besar Johor ditukar telah lama dibuat.

“Kebawah Duli Tuanku sudah meneliti untuk tukar MB sejak berbulan lalu. Jangan lupa, kuasa memilih Menteri Besar adalah hak mutlak Sultan,” katanya seperi dilapor Astro Awani.

Selain itu, Tunku Ismail menerusi juga berharap agar Menteri Besar baharu nanti bukanlah seorang yang mengikut perintah Putrajaya.

“Saya harap Menteri Besar yang baru bukanlah ‘Yes Man’ Putrajaya saja. Kesejahteraan rakyat dan kemakmuran Negeri Johor mesti diutamakan,” katanya.

DIKEMASKINI: TMJ jawab amaran Tun Mahathir, silakan…

Titah utk tukar Menteri Besar dah lama. Tetapi org lain pula nak ambil kredit dan mileage, kononnya dia arahkan. Kebawah Duli Tuanku sudah meneliti untuk tukar MB sejak berbulan lalu. Jgn lupa, kuasa memilih Menteri Besar adalah hak mutlak Sultan. Cukup cukuplah politicking.

Terdahulu, Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian meletakkan jawatan berkuat kuasa semalam.

Berita peletakan jawatan itu diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang media di Parlimen hari ini. – Majalah Review Malaysia

DIKEMASKINI: TMJ jawab amaran Tun Mahathir, silakan…

DIKEMASKINI: ‘Sebab ada orang nak memukul sesuka hati’ – Tun Mahathir

KLIK BACA: Komplot culik Najib, Zahid, Hisham dan Khairy, 2 bekas askar didapati bersalah.

KLIK BACA: TH Darurat Macam Isteri Nak Bersalin – Zeti & Khairuddin

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

KLIK BACA: “Ada klepto berserban jadi imam, ahli syurga berduyun-duyun pergi ke SPRM” – Rafidah

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share