SINGAPURA: Lima remaja yang berusia antara 16 hingga 18 tahun ditangkap pihak berkuasa Singapura kerana menceroboh di gedung perabot IKEA Tampines di republik itu pada Ahad.

Dalam satu kenyataan media oleh pighak polis, pihaknya telah dihubungi berkenaan kes pencerobohan dengan niat di gedung perabot terkemuka itu sekitar jam 12.50 pagi, lapor portal berita Channel NewsAsia.
“Siasatan awal menunjukkan bahawa kumpulan remaja itu bersembunyi di dalam bangunan dan terus berada di situ melebihi waktu operasi,” ujar kenyataan tersebut.

Pasukan anggota polis dari cawangan Bedok telah digegaskan ke lokasi tersebut dan berjaya menangkap kelima-lima mereka.

Mereka yang didapati bersalah atas pencerobohan itu boleh didenda hingga S$1,000 (RM3,013), satu jumlah yang tidak berbaloi untuk ditanggung hanya kerana percubaan ‘melakukan aktiviti malam bersama kawan-kawan’.

Pihak polis juga mengingatkan, sesiapa menceroboh dengan niat ke mana-mana tempat yang dimiliki pemerintah Singapura atau tempat yang dikhaskan untuk kegunaan awam, tanpa alasan munasabah, akan disiasat sewajarnya. – Astro Awani

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share