Peguam Negara mahu perbicaraan Najib diadakan secepat mungkin. – Foto Bernama

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak tiga daripada empat permohonan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan kes SRC International.

Satu rayuan yang diterima mahkamah adalah permohonan Najib agar Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk menunjukkan surat pelantikan Sulaiman Abdullah sebagai ketua pendakwaan.

Hakim Zabariah Mohd Yusof yang mengetuai panel tiga hakim bersama-sama Lau Bee Alan dan Rhodzariah Bujang, berkata mereka sebulat suara membuat keputusan untuk empat permohonan itu.

Tiga permohonan lagi adalah untuk perintah bagi menghalang perbincangan awam tentang perbicaraan, penyerahan dokumen daripada pendakwaan, dan arahan pembatalan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali untuk membenarkan AGC menarik balik sijil kebenaran untuk memindahkan kes itu dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Ketua peguam Najib, Shafee Abdullah memberitahu mahkamah bahawa mereka akan memfailkan rayuan berhubung keputusan tiga permohonan tersebut di Mahkamah Persekutuan.

Shafee juga meminta arahan penangguhan perbicaraan sementara menunggu rayuan dibuat di Mahkamah Persekutuan.

Peguam Negara Tommy Thomas membantah perkara itu dengan berkata pendakwaan mahu memulakan perbicaraan secepat mungkin.

KLIK BACA: Curi jadi boss tak malu, budaya baru di Malaysia – Tun Mahathir

KLIK BACA: Najib bantu MAS RM6 bilion tapi hentikan 6 ribu pekerja – Dr Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share