Kerajaan akan cuba menyediakan makanan percuma kepada mahasiswa universiti awam jika mempunyai peruntukan cukup, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Cadangan itu dikemukan selepas pendedahan sebilangan mahasiswa universiti awam yang terpaksa mengikat perut kerana kekurangan belanja.

“Berkenaan mahasiswa ikat perut, kita (kerajaan) akan cuba kalau kita ada duit banyak, kita boleh bagi full meal (bantuan makanan sepenuhnya) kepada semua orang.

“Tetapi duit kita telah dicuri dan orang yang curi itu sekarang jadi ‘boss’ orang tertentu, jadi payahlah kita nak urus,” katanya ketika sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.

Baru-baru ini, Berita Harian mendedahkan sebilangan mahasiswa di Universiti Malaya (UM) terpaksa mengikat perut dengan hanya makan sekali sehari kerap berpuasa dan bergantung pada sebuku roti untuk dua hari antara ikhtiar hidup kerana terpaksa menahan lapar akibat kekangan kewangan.

Kesempitan hidup dialami itu adalah daripada keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) itu yang terpaksa berjimat cermat demi meneruskan pengajian masing-masing.

KLIK BACA: Najib bantu MAS RM6 bilion tapi hentikan 6 ribu pekerja – Dr Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share