ALOR SETAR: Seorang penganggur ditahan polis hari ini kerana memuat naik status berbaur hasutan dan menghina institusi beraja di akaun Facebook miliknya, baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid, berkata suspek lelaki berusia 36 tahun itu ditahan di rumahnya di Bukit Selambau, Sungai Petani, jam 5.30 petang tadi.

Katanya, ujian saringan air kencing ke atasnya mendapati dia positif ganja dan suspek sudah dibawa ke Bukit Aman untuk siasatan selanjutnya mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

“Suspek ditahan susulan laporan yang dibuat di Balai Polis Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

“Polis Kedah hanya membantu menahan suspek dan kes disiasat pihak Bukit Aman,” katanya ketika dihubungi di sini.

Suspek yang menggunakan akaun Facebook Sharil Chain dikatakan memuat naik status berbaur hasutan dengan mengeluarkan kata-kata kesat ke atas institusi diraja.

KLIK BACA: Surat terbuka Hamid Bador kepada kerajaan ketika kemuncak kes 1MDB Najib dan Rosmah?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share