Keputusan meletakkan Lembaga Tabung Haji (TH) dalam kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM) adalah untuk badan berkanun itu melakukan audit.

Ahli Lembaga Pengarah TH, Prof Dr Ashraf Md. Hashim berkata, kawal selia oleh BNM bukan bermaksud TH akan berada di bawah BNM tetapi ia bagi membolehkan audit dilaksanakan secara self regulated dari segi tadbir urus.

Menurutnya, sebagaimana BNM buat audit ke atas semua bank-bank komersil yang lain. Melalui audit tersebut, salah silap, penambahbaikan dan sebagainya akan dicadangkan.

“BNM memang mempunyai pasukan yang kuat dan berpengalaman. Kalau ada salah laku, akan dapat dihidu lebih awal dan langkah mengatasinya dapat dilakukan.

“Dalam menjalankan tugas ini, BNM tidak menerima arahan dari Menteri Kewangan. Ia menjalankan tugas berpandukan Central Bank Act. (Akta Bank Negara),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Ashraf juga memaklumkan bahawa, Lembaga Pengarah baru TH telah melantik sebuah firma audit antarabangsa yang bebas politik dan mempunyai kredibiliti, Pricewaterhouse Cooper (PwC) untuk melakukan semakan mengenai kedudukan sebenar TH.

“Tiada arahan untuk mencari salah sesiapa, melainkan menyatakan hakikat sebenar. Apa yang dijumpai adalah hakikat sebenar tidak sama sebagaimana dalam laporan kewangan,” katanya.

Dr Ashraf juga memberitahu, sepanjang lebih kurang empat bulan berada dalam Lembaga Pengarah Tabung Haji dan menghadiri mesyuarat Lembaga dan Jawatankuasa Lembaga yang hampir setiap minggu tiada langsung campurtangan politik, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, apatah lagi Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

“Untuk makluman, sebelum dilantik, saya telah dipanggil oleh CPE. Selepas sesi “berkenalan”, mereka maklumkan hasrat untuk melantik saya ke dalam Lembaga Pengarah TH dengan mandat: Cakap apa yang betul itu betul dan yang salah itu salah.

“Alhamdulillah, dengan mandat tersebut, saya bersetuju. Saya nampak, begitu juga pendirian ahli-ahli lembaga yang lain.

“Doakan kami semoga dapat menunaikan amanah yang berat ini sebaiknya,” katanya dalam kenyataan yang sama.

KLIK BACA: Anwar: Skandal Tabung Haji pengurusan ‘bodoh’ goblok kata Jawa

KLIK BACA: Tabung Haji pun dinoda, apa jenis manusia – Kadir Jasin penasihat media PM Dr Mahathir

KLIK BACA: Arul Kanda ditangkap SPRM, didakwa bersama Najib esok pagi

DIKEMASKINI: Baca penjelasan terperinci skandal TH yang cuba ditutup?

KLIK BACA: Dusuki syor Tun M taubat kerana sebut Malaikat buat silap.

KLIK BACA: Siapa Saadatul Nafisah ‘wanita berani’ dalam kes ubah laporan Audit 1MDB

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share