Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap pertuduhan mendapatkan perlindungan daripada tindakan tatatertib dengan mengarahkan laporan akhir pengauditan 1MDB dipinda sebelum dimuktamatkan dan dibentang kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC).

Najib memohon dibicarakan dihadapan hakim Azura Alwi.

Mengikut pertuduhan, Najib didakwa menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan bagi dirinya iaitu perlindungan daripada tindakan yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB, dengan cara mengarahkan laporan Akhir Pengauditan 1MDB yang sedang disediakan dipinda sebelum laporan berkenaan dimuktamatkan dan dibentang kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC).

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya antara 22 Februari 2016 dan 26 Februari 2016.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwaraya Kanan menawarkan jaminan sebanyak RM 1 juta dengan seorang penjamin namun dibantah peguam yang mewakili Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memohon agar anak guamnya dibenar membayar RM200,000 hari ini dan esok dan bakinya RM100,000 dibayar pada Jumaat.

Hakim Azura Alwi berkata, bayaran itu tidak boleh dibayar secara ansuran dan perlu dilakukan sepenuhnya, bagaimanapun Muhammad Shafee bertegas mahukan bayaran itu dibuat pada Jumaat yang mana Azura menjawab “No, by today” (Tidak, hari ini juga).

Azura membenarkan Najib dibebaskan dengan jaminan RM500,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Jan untuk sebutan kes berkenaan.

KLIK BACA: Anwar: Skandal Tabung Haji pengurusan ‘bodoh’ goblok kata Jawa

KLIK BACA: Tabung Haji pun dinoda, apa jenis manusia – Kadir Jasin penasihat media PM Dr Mahathir

KLIK BACA: Arul Kanda ditangkap SPRM, didakwa bersama Najib esok pagi

DIKEMASKINI: Baca penjelasan terperinci skandal TH yang cuba ditutup?

KLIK BACA: Dusuki syor Tun M taubat kerana sebut Malaikat buat silap.

KLIK BACA: Siapa Saadatul Nafisah ‘wanita berani’ dalam kes ubah laporan Audit 1MDB

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share