Arul Kanda didakwa cuba menerima rasuah dan bersubahat dengan Najib Razak meminda laporan akhir Audit 1MDB. – Foto Sinar Harian

Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di hadapan hakim Rozina Ayob terhadap pertuduhan bersubahat dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meminda laporan akhir pengauditan 1MDB.

Mengikut pertuduhan, Arul Kanda didakwa bersubahat dengan Najib sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Perdana Menteri dengan menggunakan jawatan beliau untuk mendapatkan suapan iaitu perlindungan daripada tindakan tatatertib sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.

Tindakan itu adalah dengan mengarahkan laporan akhir pengauditan 1MDB yang sedang disediakan dipinda sebelum laporan berkenaan dimuktamadkan dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negara (PAC).

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Kompleks Jabatan Perdana Menteri Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya antara 22 Februari 2016 dan 26 Februari 2016.

Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 di baca bersama Seksyen 23 (1) dan 24(1) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana-mana lebih tinggi.

Pihak pendakwaan yang diwakili Datuk Seri Gopal Sri Ram mencadangkan jaminan sebanyak RM500,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan untuk tertuduh menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Tiada bantahan berhubung jumlah jaminan daripada peguam Datuk N. Sivananthan yang mewakili Arun Kanda namun beliau memohon bayaran tersebut dibuat secara ansuran sebanyak dua kali.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib membantah permohonan itu sebaliknya memohon jumlah tersebut dibayar hari ini.

Rozina kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM500,000 dengan seorang penjamin yang dibayar hari ini serta mengarahkan pasport tertuduh ditahan sehingga perlupusan kes.

Kes itu ditetapkan untuk sebutan pada 4 Januari depan.

KLIK BACA: Anwar: Skandal Tabung Haji pengurusan ‘bodoh’ goblok kata Jawa

KLIK BACA: Tabung Haji pun dinoda, apa jenis manusia – Kadir Jasin penasihat media PM Dr Mahathir

KLIK BACA: Arul Kanda ditangkap SPRM, didakwa bersama Najib esok pagi

DIKEMASKINI: Baca penjelasan terperinci skandal TH yang cuba ditutup?

KLIK BACA: Dusuki syor Tun M taubat kerana sebut Malaikat buat silap.

KLIK BACA: Siapa Saadatul Nafisah ‘wanita berani’ dalam kes ubah laporan Audit 1MDB

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share