Bekas Bendahari Umno Tengku Adnan Mansor atau Ku Nan didakwa semula menerima rasuah RM2 juta daripada Chai Kin Kong. – Foto Sinar Harian

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini, melepas tanpa membebaskan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, daripada pertuduhan kedua yang dihadapinya iaitu menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan berhubung tugas rasminya, dua tahun lalu.

Hakim Azman Ahmad memutuskan demikian terhadap Tengku Adnan, 68, selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Julia Ibrahim untuk melepas tanpa membebaskan tertuduh daripada pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang dihadapinya pada 15 November lalu.

Terdahulu, Julia memberitahu mahkamah, pihak pendakwaan mendapati fakta di dalam pertuduhan pertama dan kedua tidak berkaitan dan tidak sewajarnya dibicarakan bersama.

“Pihak pendakwaan sudah memfailkan semula pertuduhan itu sebagai pertuduhan baharu dan akan dibacakan semula,” katanya.

Dalam prosiding berasingan, Tengku Adnan mengaku tidak bersalah sebaik saja pertuduhan kedua itu dibacakan semula sebagai pertuduhan baharu.

Mengikut pertuduhan, Tengku Adnan sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan didakwa menerima rasuah RM2 juta daripada Chai Kin Kong melalui cek milik syarikat Aset Kayamas Sdn Bhd yang didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Tadmansori Holding Sdn Bhd.

Bagi perbuatan itu, Tengku Adnan didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan Tengku Adnan diikat jamin RM500,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Januari ini untuk sebutan semula kes.

KLIK BACA: Anwar: Skandal Tabung Haji pengurusan ‘bodoh’ goblok kata Jawa

KLIK BACA: Tabung Haji pun dinoda, apa jenis manusia – Kadir Jasin penasihat media PM Dr Mahathir

KLIK BACA: Arul Kanda ditangkap SPRM, didakwa bersama Najib esok pagi

DIKEMASKINI: Baca penjelasan terperinci skandal TH yang cuba ditutup?

KLIK BACA: Dusuki syor Tun M taubat kerana sebut Malaikat buat silap.

KLIK BACA: Siapa Saadatul Nafisah ‘wanita berani’ dalam kes ubah laporan Audit 1MDB

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share