Ahli perniagaan kontroversi, Jho Low dikatakan bersetuju menyerahkan semua aset miliknya kepada Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS).

Menurut laporan didedahkan portal Sarawak Report, tindakan Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho itu bagaimanapun, tidak memberi sebarang kerugian kepadanya.

Sebaliknya, semua aset diserahkan kepada DoJ dipercayai mengalami penurunan harga antaranya hartanah di New York, pesawat peribadi di Singapura dan kapal layar mewah, Equanimity.

“Disaat semua aset milik Jho Low mula bertukar menjadi liabiliti, beliau bertindak menyerahkannya kepada pihak berkuasa,” katanya.

Pendedahan itu dibuat selepas ahli perniagaan dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menggugurkan tuntutannya terhadap Hotel Park Lane di New York dan membenarkan hartanah itu dijual kepada syarikat pelabur Mubadala yang dimiliki kerajaan Abu Dhabi.

Hotel mewah itu antara aset di AS yang dipercayai dibeli Jho Low menggunakan wang 1MDB.

Semalam, New York Times melaporkan Miranda Kerr bekas kekasih Jho Low sedia memulangkan sebuah piano berharga RM4.1 juta kepada Jabatan Kehakiman Amerika.

KLIK BACA: Anwar: Skandal Tabung Haji pengurusan ‘bodoh’ goblok kata Jawa

KLIK BACA: Tabung Haji pun dinoda, apa jenis manusia – Kadir Jasin penasihat media PM Dr Mahathir

KLIK BACA: Arul Kanda ditangkap SPRM, didakwa bersama Najib esok pagi

DIKEMASKINI: Baca penjelasan terperinci skandal TH yang cuba ditutup?

KLIK BACA: Dusuki syor Tun M taubat kerana sebut Malaikat buat silap.

KLIK BACA: Siapa Saadatul Nafisah ‘wanita berani’ dalam kes ubah laporan Audit 1MDB

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share