Bekas perdana menteri Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 8.34 pagi untuk menghadapi pertuduhan pengubahan laporan audit negara berkaitan 1MDB.

Beliau yang mengenakan sut biru gelap tiba menaiki Proton Perdana hitam, diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pengawal peribadi.

Beliau akan berdepan pertuduhan bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

SPRM menangkap Najib Razak ketika hadir untuk sesi soal siasat di ibu pejabat SPRM kelmarin, sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.

Pada pagi ini juga, bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Arul Kanda Kandasamy yang ditahan SPRM semalam akan didakwa bersama Najib. 

Sebelum ini, Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad, mendedahkan Najib mengarahkan pindaan dilakukan terhadap Laporan Akhir Pengauditan 1MDB menerusi pengguguran beberapa perenggan.

Antara pengguguran maklumat itu membabitkan kehadiran ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB. – Berita Harian

KLIK BACA: Anwar: Skandal Tabung Haji pengurusan ‘bodoh’ goblok kata Jawa

KLIK BACA: Tabung Haji pun dinoda, apa jenis manusia – Kadir Jasin penasihat media PM Dr Mahathir

DIKEMASKINI: Baca penjelasan terperinci skandal TH yang cuba ditutup?

KLIK BACA: Dusuki syor Tun M taubat kerana sebut Malaikat buat silap.

KLIK BACA: Siapa Saadatul Nafisah ‘wanita berani’ dalam kes ubah laporan Audit 1MDB

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share