Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Arul Kanda Kandasamy, dibawa keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kira-kira jam 7.35 pagi tadi untuk ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Beliau dibawa keluar menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Oddysey diiringi beberapa buah kenderaan lain.

Arul Kanda ditahan jam 10.32 pagi semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, di sini berhubung kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.

Beliau bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan menghadapi pertuduhan bersama berkaitan kes sama di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

SPRM, dalam satu kenyataan semalam, memaklumkan proses pendakwaan itu dilaksanakan selepas pihaknya mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

Pada 10 Disember lalu, SPRM menahan Najib bagi melengkapkan proses akhir siasatan sebelum dilepaskan dengan jaminan SPRM pada hari sama.

Sebelum ini, Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad, mendedahkan Najib mengarahkan pindaan dilakukan terhadap Laporan Akhir Pengauditan 1MDB menerusi pengguguran beberapa perenggan.

Antara pengguguran maklumat itu membabitkan kehadiran ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB. – Berita Harian

KLIK BACA: Anwar: Skandal Tabung Haji pengurusan ‘bodoh’ goblok kata Jawa

KLIK BACA: Tabung Haji pun dinoda, apa jenis manusia – Kadir Jasin penasihat media PM Dr Mahathir

KLIK BACA: Arul Kanda ditangkap SPRM, didakwa bersama Najib esok pagi

DIKEMASKINI: Baca penjelasan terperinci skandal TH yang cuba ditutup?

KLIK BACA: Dusuki syor Tun M taubat kerana sebut Malaikat buat silap.

KLIK BACA: Siapa Saadatul Nafisah ‘wanita berani’ dalam kes ubah laporan Audit 1MDB

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share