Bekas Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mendakwa terdapat perbezaan audit Price Waterhouse Cooper dan Ernst & Young. – Foto The Malaysian Times

KUALA LUMPUR: Ernst & Young (EY) menjelaskan bahawa ia bukanlah juruaudit Lembaga Tabung Haji (TH) dan tidak mengeluarkan sebarang “laporan audit” berhubung penyata kewangan TH.

BERNAMA melaporkan, EY dalam satu kenyataan berkata, ia tidak menyemak penyata pendapatan TH dan EY tidak terbabit dalam penilaian aset dan liabiliti TH dan aset anak-anak syarikatnya.

EY membuat penjelasan itu berikutan pelbagai laporan media semalam mengenai EY dan TH yang dikaitkan oleh Azeez Rahim.

Sebaliknya, seperti yang dinyatakan dalam laporan EY kepada lembaga pengarah TH, EY menyatakan bahawa ia telah ditugaskan Lembaga Pengarah TH untuk melaporkan sama ada kunci kira-kira pro forma pada 31 Disember 2015; 31 Disember 2016 dan 31 Disember 2017 telah disediakan dengan sempurna berdasarkan kriteria yang boleh digunakan.

“Lembaga Pengarah TH menyediakan kunci kira-kira imbangan pro forma pada 31 Disember 2015, 31 Disember 2016 dan 31 Disember 2017 semata-mata untuk menggambarkan kesan pelaporan pelaburan TH dalam ekuiti, sekuriti dan hartanah pada nilai aset yang dapat direalisasikan dan bukannya kos asal pada kunci kira-kira TH.

“EY tidak melakukan pengauditan maklumat kewangan yang digunakan untuk menyusun kunci kira-kira pro forma,” katanya.

EY berkata, ia melaporkan bahawa pelarasan dibuat adalah semata-mata untuk maksud menggambarkan kesan laporan pelaburan TH dalam ekuiti, sekuriti dan hartanah pada nilai aset yang boleh direalisasikan pada kunci kira-kira TH.

“Laporan EY tidak boleh disandarkan untuk tujuan pengisytiharan dividen oleh TH pada 4 Februari 2016, 3 Februari 2017 dan 7 Februari 2018 masing-masing untuk tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2015, 2016 dan 2017, kerana laporan EY untuk tahun-tahun yang berkaitan hanya dikeluarkan selepas tarikh pengisytiharan dividen.

“EY mengeluarkan laporannya pada 30 September 2016, 12 Julai 2017 dan 23 Mei 2018 berhubung dengan lembaran imbangan pro forma masing-masing pada 31 Disember 2015, 2016 dan 2017,” jelasnya.

“EY juga tidak pernah menyatakan mengenai kesesuaian perisytiharan keuntungan yang boleh diagihkan sebagai dividen menurut Akta Tabung Haji 1995,” katanya.

EY juga ingin menarik perhatian kepada Seksyen 22 Akta Tabung Haji 1995, yang menetapkan syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh TH berhubung pengisytiharan keuntungan boleh diagih sebagai dividen. 

Sebelum ini, bekas Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mendakwa kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof kononnya pengurusan terdahulu telah mengisytiharkan hibah sejak 2014 dengan tidak mengikut Akta Tabung Haji 1995 sebagai tidak tepat.

Katanya, berdasarkan kepada kenyataan Mujahid, beliau hanya menyatakan tentang laporan kewangan daripada Price Waterhouse Coopers (PWC) sedangkan laporan Ernst & Young membuktikan Tabung Haji untung dan boleh membayar hibah.

KLIK BACA: Anwar: Skandal Tabung Haji pengurusan ‘bodoh’ goblok kata Jawa

KLIK BACA: Tabung Haji pun dinoda, apa jenis manusia – Kadir Jasin penasihat media PM Dr Mahathir

KLIK BACA: Arul Kanda ditangkap SPRM, didakwa bersama Najib esok pagi

DIKEMASKINI: Baca penjelasan terperinci skandal TH yang cuba ditutup?

KLIK BACA: Dusuki syor Tun M taubat kerana sebut Malaikat buat silap.

KLIK BACA: Siapa Saadatul Nafisah ‘wanita berani’ dalam kes ubah laporan Audit 1MDB

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share