Langkah meletakkan Lembaga Tabung Haji (TH) di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM) penting ke arah menumpukan semula kepada tujuan asalnya, kata Anggota Parlimen Port Dickson Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, katanya, banyak lagi yang perlu dilakukan dari segi kawal selia, tetapi tidak mengulas lanjut.

Bercakap kepada pemberita pada Majlis Simposium Tahunan mengenai Kewangan Islam Kali Keempat di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata TH merupakan institusi yang baik, tetapi telah disalah urus oleh pihak yang menggunakannya untuk kepentingan politik atau peribadi.

“TH merupakan satu contoh bagaimana pengurusan yang ‘goblok’ (bodoh dalam erti kata bahasa Jawa) yang merosakkan dan mengkhianati amanah.

“Ia bukan salah institusi, bukan salah penabung tetapi pengurusannya yang telah menyalahgunakan kuasa, merompak harta rakyat dan tindakan harus diambil ke atas mereka,” katanya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof berkata TH akan diletakkan di bawah kawal selia BNM bermula Januari tahun depan bagi menambah baik tadbir urus organisasi berkenaan.

Sementara itu, Anwar berkata sistem kewangan Islam perlu mempunyai peralihan yang jelas dan membincangkan isu-isu, termasuk kemiskinan.

“Sejak beberapa dekad ini, isu ini telah diketepikan. Bagaimanapun, pada masa ini, ia agenda utama institusi kewangan Islam, termasuk bank-bank yang memberi tumpuan kepada komuniti pada amnya.

“Menjana pertumbuhan bukan hanya mempunyai sistem yang halal, tetapi ia juga perlu adil dan menggalakkan kesaksamaan,” katanya. – Bernama

KLIK BACA: Tabung Haji pun dinoda, apa jenis manusia – Kadir Jasin penasihat media PM Dr Mahathir

KLIK BACA: Arul Kanda ditangkap SPRM, didakwa bersama Najib esok pagi

DIKEMASKINI: Baca penjelasan terperinci skandal TH yang Najib cuba tutup?

KLIK BACA: Dusuki syor Tun M taubat kerana sebut Malaikat buat silap.

KLIK BACA: “Saya turun jika himpunan ICERD tuntut pulang duit curi” – Tamrin Ghaffar

KLIK BACA: Siapa Saadatul Nafisah ‘wanita berani’ dalam kes ubah laporan Audit 1MDB

KLIK BACA: Kenapa Najib, Hisham tak tahu akibat perang Yaman basah darah Islam, soal Raja Bahrin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share