Penyokong tegar Najib Razak, Anina Saadudin mendakwa Anwar Ibrahim akan meratifikasi Icerd selepas menjadi Perdana Menteri ke-8 menggantikan Tun Dr Mahathir. 

oleh Anina Saadudin

Sebelum ini ada yang berkata kepada saya bahawa Anwar Ibrahim menolak ICERD.

Namun saya tetap percaya bahawa Anwar Ibrahim tidak boleh dipercayai.

Sekali imbas kedengaran seperti beliau menolak ICERD, namun dalam hati kecil saya berkata TIDAK!

Anwar Ibrahim akan meratifikasikan ICERD sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri.

Namun ramai yang masih mempercayai beliau akan membela umat Islam, tidak seperti Tun Mahathir.

Baca betul-betul kenyataan Anwar Ibrahim dari benak hati anda.

“Sebab apa kita tak kata batal terus? Sebab ini perjanjian konvensyen di peringkat antarabangsa oleh PBB… kita ahli PBB. 100 negara dah lulus. Kita tak boleh tolak (dengan) sombong begitu sebab kita ahli masyarakat dunia.

“Jadi kita kata kaji, ulas, dengar pandangan dulu. Tapi kita tak boleh tolak ansur dengan status Islam sebagai agama Persekutuan serta hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera,”

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/11/501154/malaysia-tak-boleh-kata-tolak-icerd-anwar

Apakah ini calon Perdana Menteri ke8?

Beginikah rupa wajah Perdana Menteri ke8 yang rakyat mahukan?

Cakap berbelit-belit bagaikan ular lidah bercabang!

‘Play safe’ tetapi tidak pernah selamat!

Mengikut laporan Malaysian Insight hari ini, Anwar Ibrahim menegaskan bahawa PKR menyokong ICERD tetapi menghurmati keputusan kerajaan untuk tidak meratifikasikan ICERD.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/117271

PKR secara prinsipnya menyokong anti diskriminasi kaum tetapi turut menyokong keputusan kerajaan untuk tidak meratifikasikan ICERD, kata Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kebimbangan orang Melayu terhadap ICERD merupakan hasil mereka yang membuat interpretasi sendiri berhubung konvensyen Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu itu.

Apakah orang Melayu perlu turun ke jalanan lagi sekali selepas Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke8?

Kerajaan apakah ini yang dipilih oleh rakyat pada PRU14?

Kesialan apakah ini? Kebangsatan apakah ini? – Sumber Anina Blog

*Anina Saadudin adalah bekas ahli PPBM. Tulisan adalah pendapat peribadi beliau yang tidak semestinya mewakili pendirian MalaysiaStyloNews.

KLIK BACA: Anwar: Skandal Tabung Haji pengurusan ‘bodoh’ goblok kata Jawa

KLIK BACA: Tabung Haji pun dinoda, apa jenis manusia – Kadir Jasin penasihat media PM Dr Mahathir

KLIK BACA: Arul Kanda ditangkap SPRM, didakwa bersama Najib esok pagi

DIKEMASKINI: Baca penjelasan terperinci skandal TH yang cuba ditutup?

KLIK BACA: Dusuki syor Tun M taubat kerana sebut Malaikat buat silap.KLIK BACA: “Saya turun jika himpunan ICERD tuntut pulang duit curi” – Tamrin Ghaffar

KLIK BACA: Siapa Saadatul Nafisah ‘wanita berani’ dalam kes ubah laporan Audit 1MDB

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share