Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy dan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak akan didakwa kes pinda laporan Audit 1MDB. – Foto Malaysiakini

PUTRAJAYA – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Arul Kanda Kandasamy hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini, dipercayai bagi membantu siasatan dakwaan pindaan laporan akhir audit 1MDB.

Arul Kanda ditahan pada jam 10.32 pagi hari ini ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendakwa lagi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kali ini bagi pertuduhan pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Selain Najib, turut didakwa Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy di mahkamah esok.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan SPRM hari ni, kedua-dua mereka bakal menghadapi pertuduhan bersama berhubung kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.

“Bacaan pertuduhan tersebut akan dilakukan di Mahkamah Sesyen berasingan di Kompleks Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 12 Disember 2018, jam 8 pagi.

“Semalam SPRM menahan Najib bagi melengkapkan proses akhir siasatan. Beliau kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM pada hari sama,” kata kenyataan itu.

Pada 25 November lepas, Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad mendedahkan laporan akhir audit 1MDB diubah dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tahu mengenai perkara itu.

Madinah turut mendedahkan dua perkara penting digugurkan dalam laporan itu ialah kehadiran ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB serta status kewangan 1MDB.

Semalam, Najib ditahan kira-kira dua jam setengah di SPRM ketika hadir untuk dirakam keterangannya berhubung isu pindaan laporan akhir pengauditan 1MDB itu sebelum dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Antara yang telah dipanggil SPRM untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes ini ialah bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad. – Bernama

KLIK BACA: Anwar: Skandal Tabung Haji pengurusan ‘bodoh’ goblok kata Jawa

KLIK BACA: Tabung Haji pun dinoda, apa jenis manusia – Kadir Jasin penasihat media PM Dr Mahathir

KLIK BACA: Arul Kanda ditangkap SPRM, didakwa bersama Najib esok pagi

DIKEMASKINI: Baca penjelasan terperinci skandal TH yang cuba ditutup?

KLIK BACA: Dusuki syor Tun M taubat kerana sebut Malaikat buat silap.

KLIK BACA: Siapa Saadatul Nafisah ‘wanita berani’ dalam kes ubah laporan Audit 1MDB

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share