SPRM menangkap bekas perdana menteri Najib Razak hari ini berhubung dakwaan mengubah laporan audit 1MDB, kata pihak berkuasa kepada Malaysiakini.

Najib ditangkap ketika beliau hadir untuk sesi soal siasat pada jam 11 pagi tadi.

Najib sehingga petang ini masih berada di bawah tahanan SPRM tetapi sumber berkata para penyiasat mungkin akan membenarkan beliau dibebaskan dengan ikat jamin hari ini.

“Ketika kita bercakap ini, Najib sedang direkodkan keterangannya oleh para penyiasat. Bagaimanapun, Najib akan dibebaskan kemudian dengan ikat jamin,” kata pegawai kanan SPRM yang enggan namanya disiarkan.

Najib ditangkap di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 mengenai salah guna kuasa.

Sumber berkata mereka menjangkakan Najib akan di hadapkan ke mahkamah pada Rabu ini untuk dikenakan pertuduhan berkaitan dakwaan meminda laporan audit bersama CEO 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

Satu lagi sumber berkata para penyiasat juga merancang untuk menangkap Arul Kanda yang juga presiden syarikat pelaburan negara itu.

Sumber Malaysiakini dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mereka akan berdepan satu tuduhan setiap seorang.

Sementara itu, Free Malaysia Today (FMT) turut melaporkan Najib akan didakwa bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 atas tuduhan menerima suapan.

“Dia didakwa menyalahgunakan kedudukannya dengan mengarahkan ketua audit menggugurkan beberapa perkara dalam laporan (audit) tersebut, untuk mengelak daripada tindakan sivil atau jenayah yang mungkin dikenakan ke atasnya kelak,” kata sumber FMT.

Arul bagaimanapun akan didakwa kerana bersubahat dengan Najib.

KLIK BACA: Arul Kanda ditangkap SPRM, didakwa bersama Najib esok pagi

DIKEMASKINI: Baca penjelasan terperinci skandal TH yang Najib cuba tutup?

KLIK BACA: Dusuki syor Tun M taubat kerana sebut Malaikat buat silap.

KLIK BACA: “Saya turun jika himpunan ICERD tuntut pulang duit curi” – Tamrin Ghaffar

KLIK BACA: Siapa Saadatul Nafisah ‘wanita berani’ dalam kes ubah laporan Audit 1MDB

KLIK BACA: Kenapa Najib, Hisham tak tahu akibat perang Yaman basah darah Islam, soal Raja Bahrin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share