Tabung Haji (TH) didapati membayar hibah (dividen) menggunakan simpanan pendeposit, menurut semakan kedudukan kewangannya pada 2017 oleh syarikat audit bebas PriceWaterhouseCoopers (PWC).

Pengurusan TH terdahulu bagaimanapun memberikan gambaran bahawa hibah dibayar menggunakan keuntungan syarikat, menurut laporan yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam langkah pertamanya, TH menjual saham-sahamnya dalam Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) bagi menunjukkan keuntungan syarikat – kemudan saham-saham itu dibeli kembali dengan penambahan kos pembrokeran.

Anak-anak syarikat TH juga mengisytiharkan dividen yang tinggi kepada dana itu tetapi jumlahnya tidak dibayar penuh.

“Walaupun transaksi itu dilihat tindakan komersial, kami faham bahawa niatnya untuk membolehkan Tabung Haji melaporkan keuntungan lebih tinggi untuk untuk pengagihan kepada pendeposit.

“Ini hanya membuatkan hibah didanai oleh wang tunai daripada dana simpanan pendeposit dan bukannya keuntungan keuntungan,” kata PWC dalam laporan itu.

Dalam urusan pertama, TH menjual 2.551 billion saham BIMB untuk mendapatkan keuntungan RM553 juta.

Jual beli hanya untuk menunjukkan keuntungan tetapi rugi bayar broker

Bagaimanapun, pada tahun sama, dana umat Islam untuk mengerjakan haji itu kemudian membelinya semula dengan harga RM2.688 bilion.

Justeru, kata laporan itu, penjualan itu tidak memberikan sebarang faedah tunai kepada TH sebaliknya hanya menaikkan keuntungan untuk untuk tahun kewangan 2017 sebanyak RM553 juta.

PWC juga berkata mereka telah mewawancara peniaga ekuiti Tabung Haji yang mengakui penjualan dan pembelian semula saham BIMB itu hanya demi menunjukkan keuntungan sementara untuk mewajarkan pembayaran dividen.

Peniaga itu juga berkata, menurut laporan, transaksi itu (penjualan dan pembelian semula saham) tidak direkodkan dalam kenyataan kewangan TH – amalan yang menjadi standard laporan kewangan.

Modus operandi sama dikatakan digunakan pada tahun 2016.

Sementara itu, susulan pengisytiharan dividen anak syarikat TH, dikatakan RM510 juta telah diisytiharkan tetapi sebanyak RM222 juta lagi belum dibayar.

“Kami tidak dapat mengesahkan sama ada dividen-dividen ini (dari anak syarikat TB) dapat diselesaikan sebelum 31 Disember 2018,” katanya.

Tahun lepas, TH mengisytiharkan dividen sebanyak 4.5 peratus dan bonus 1.75 peratus.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof berkata Tabung Haji mengalami defisit RM4.1 bilion, berdasarkan laporan kewangan TH pada 2017.

DIKEMASKINI: Najib dan Arul Kanda ditangkap SPRM 

KLIK BACA: Dusuki syor Tun M taubat kerana sebut Malaikat buat silap.

KLIK BACA: Saya tolong orang Melayu, bukan memburukkan mereka – Tun Mahathir

KLIK BACA: “Saya turun jika himpunan ICERD tuntut pulang duit curi” – Tamrin Ghaffar

KLIK BACA: Siapa Saadatul Nafisah ‘wanita berani’ dalam kes ubah laporan Audit 1MDB

KLIK BACA: Kenapa Najib, Hisham tak tahu akibat perang Yaman basah darah Islam, soal Raja Bahrin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share