Tan Sri Tony Fernandes memeluk Muhammad Rifqi Saipul Nizam yang dihadiahkan tiga tiket penerbangan bagi menunaikan ibadah umrah. — Foto Bernama

Seorang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Muhammad Rizqi Saipul Nizam, 18, terhari apabila menerima tiket penerbangan percuma ke Tanah Suci dari Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes.

Lebih menarik Fernandes bukan sahaja menghadiahkan tiket untuknya tetapi juga kepada ibu bapa Muhammad Rizqi iaitu Saipul Nizam Jusoh, 44, dan Mariam Daud, 44.

Fernandes hadir ke UniSZA bagi program ‘Executive Talk AirAsia: From Zero to Hero’ di UniSZA, Kuala Nerus, semalam.

Pada awalnya, Muhammad Rizqi mengemukakan soalan kepada Fernandes tentang bagaimana untuk memenuhi impian dan katanya, keinginan utamanya sejak kecil ialah membawa ibu bapanya ke Makkah hingga sanggup berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud apabila berkelapangan untuk merenung kapal terbang bagi menaikkan semangatnya.

Soalan tersebut bukan sahaja memberi inspirasi kepada Fernandes tentang kebaikan seorang anak terhadap ibu bapa tetapi juga berpendapat Muhammad Rizqi adalah pelajar yang mempunyai kesungguhan luar biasa.

Beliau tidak memaklumkan pemberian tiket itu usai menjawap soalan Muhammad Rizqi, sebaliknya memanggil pelajar tahun dua diploma pengajian Islam dakwah UniSZA itu ke pentas sebelum menutup majlis sesi soal jawab bersama kira-kira 350 pelajar.

Pelajar itu kelihatan mengalirkan air mata selepas itu dan berkali-kali mengucapkan terima kasih kepada Fernandes.

Muhammad Rizqi merupakan anak sulung daripada empat adik beradik dan tinggal di Dungun. Bapanya seorang juruteknik manakala ibunya seorang peniaga.

Selain beliau, dua lagi pelajar dihadiahkan tiket penerbangan ke Australia serta dibenarkan menjalani latihan praktikal di AirAsia.

Ketika ditemui pemberita, Fernandes berkata, beliau kagum dengan semangat pelajar-pelajar yang mengemukakan pelbagai soalan kepadanya dan bersedia membantu mereka yang mempunyai kesungguhan dalam mendapatkan tempat untuk latihan praktikal di AirAsia sebelum menempuh alam pekerjaan.

Antara yang dikongsi bersama pelajar ialah sejarah penubuhan AirAsia serta memberi motivasi supaya mereka fokus pada perkara yang diminati dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara. — Bernama

KLIK BACA: Dusuki syor Tun M taubat kerana sebut Malaikat buat silap.

KLIK BACA: Ulama PAS doa pengundi PH jatuhkan kerajaan

KLIK BACA: Saya tolong orang Melayu, bukan memburukkan mereka – Tun Mahathir

KLIK BACA: “Saya turun jika himpunan ICERD tuntut pulang duit curi” – Tamrin Ghaffar

KLIK BACA: Siapa Saadatul Nafisah ‘wanita berani’ dalam kes ubah laporan Audit 1MDB

KLIK BACA: Kenapa Najib, Hisham tak tahu akibat perang Yaman basah darah Islam, soal Raja Bahrin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share