Khairy Jamaluddin menggesa kerajaan kerajaan bersuara mengenai ketengangan yang tercetus dengan Singapura berhubung pertikaian kawasan perairan.

“Menteri Singapura seorang demi seorang menyatakan tuntutan secara terbuka. (Tetapi) respons kerajaan kita adalah ‘tunggu untuk perbincangan’.

“Kita perlu menyertai perbincangan apabila menyatakan hujah kuat secara terbuka dan mendapatkan sokongan orang awam. Bangkit untuk Malaysia,” ciap Khairy atau KJ di Twitter.


Anggota Parlimen Rembau itu mengulas laporan yang memetik Menteri Perdagangan dan Industri Singapura Chan Chun Sing sebagai berkata peningkatan risiko tidak boleh dipandang ringan dalam soal pertikaian itu.

Khairy Jamaluddin – @Khairykj: Singapore Ministers coming out one after the other stating their claim publicly. Our govt’s response: wait for talks. Come on, we need to go into talks having made a robust public case & rallied public opinion. Stand up for Malaysia!


Singapura mendakwa Malaysia mengubah sempadan Pelabuhan Johor Bahru dengan menceroboh perairan di Tuas, dan terdapat 14 pencerobohan setakat ini.

Republik itu kemudian bertindak balas dengan melanjutkan sempadan Pelabuhan Tuas.

Semalam Menteri Pertahanan Singapura Ng Eng Hen memberi amaran keras agar kapal Malaysia tidak “mencerobohi” perairan negara itu.

Menteri Luar Saifuddin Abdullah kemudian mencadangkan agar kedua-dua negara berhenti menghantar kapal pertahanan di kawasan yang menjadi pertikaian itu sementara perbincangan diadakan.

Singapura menolak cadangan itu tetapi berkata sedia untuk berbincang tentang isu itu.

Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin pula menyatakan harapan agar ia diselesaikan di meja rundingan.

KLIK BACA: Ulama PAS doa pengundi PH jatuhkan kerajaan

KLIK BACA: Saya tolong orang Melayu, bukan memburukkan mereka – Tun Mahathir

KLIK BACA: Siapa Saadatul Nafisah ‘wanita berani’ dalam kes ubah laporan Audit 1MDB

KLIK BACA: “Saya turun jika himpunan ICERD tuntut pulang duit curi” – Tamrin Ghaffar

KLIK BACA: Dulu PAS bela Najib dan Umno, terlepas peluang bela TH, MARA dan Felda – Raja Bahrin

KLIK BACA: Kenapa Najib, Hisham tak tahu akibat perang Yaman basah darah Islam, soal Raja Bahrin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share