Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Wan Saiful Wan Jan berkata PTPTN sedia mempertimbangkan rayuan daripada mereka yang memerlukan sambil menegaskan langkah pelaksanaan Potongan Gaji Berjadual (PGB) yang akan dimulakan pada Januari 2019 itu tidak bertentangan dengan undang-undang.

“Saya mendengar kegusaran mereka dan saya bersedia mempertimbang rayuan daripada mereka yang memerlukan pertimbangan khas.

“Ada yang menyatakan bahawa mekanisme PGB bertentangan dengan Perjanjian Pinjaman yang telah ditandatangani.

“Saya ingin nyatakan bahawa, melalui perjanjian yang mereka tandatangani tersebut, peminjam telah pun bersetuju untuk membuat bayaran balik mengikut apa-apa skim yang ditetapkan oleh PTPTN, termasuk potongan gaji melalui majikan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Wan Saiful turut menegaskan, terdapat peruntukan dalam Akta PTPTN 1997 yang memberi kuasa kepada perbadanan untuk mengarahkan majikan melaksanakan potongan gaji ke atas peminjam mengikut Seksyen 29 Akta PTPTN 1997.

Tambahnya, kerajaan mempunyai pilihan sama ada mahu memberi keutamaan kepada peminjam hari ini atau memastikan kelestarian PTPTN supaya jutaan anak kecil hari ini mempunyai dana untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi pada masa akan datang.

Pada Rabu, PTPTN mengumumkan peminjam yang bekerja dan berpendapatan lebih RM2,000 sebulan tidak akan terlepas daripada membayar balik pinjaman apabila skim PGB dilaksanakan tahun depan.

KLIK BACA: PH MENIPU curi hati pengundi, buktinya janji PTPTN

KLIK BACA: Siapa¬†Saadatul Nafisah ‘wanita berani’ dalam kes ubah laporan Audit 1MDB

KLIK BACA:¬†“Saya turun jika himpunan ICERD tuntut pulang duit curi” – Tamrin Ghaffar

KLIK BACA: Kenapa Najib, Hisham tak tahu akibat perang Yaman basah darah Islam, soal Raja Bahrin

KLIK BACA: Dulu PAS bela Najib dan Umno, terlepas peluang bela TH, MARA dan Felda – Raja Bahrin

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share