Datuk Seri Najib Razak mempertikai dakwaan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik yang mengaku nilai dirinya adalah pada tahap 9.95 daripada 10.

Bekas perdana menteri Najib Razak mahu masyarakat menilai sendiri kenyataan Maszlee itu.

“Maszlee nilai dirinya 9.95 daripada 10. Saudara-saudari beri dia berapa skor? Kalau dia tahu nilainya di mata rakyat, tak lena dia, dan malam ini dia main lagu Linkin Park lagi,” katanya di laman Facebook miliknya.

Najib turut memperli Maszlee dengan bertanya siapakah guru di sebalik dakwaan yang dibuat beliau itu.

“Maszlee juga kata dia seorang yang sedang belajar. Kasut, stokin dan renang. Apa sebenarnya yang dia belajar dan siapa gurunya?

“Tidak mengapalah, dibayar gaji berpuluh-puluh ribu sebulan untuk belajar, siapa tak nak dan apa salahnya? Selesa.

“Sampai hari ini kita tidak tahu apa sumbangan positif dia kepada sistem pendidikan, ibu bapa, pelajar, mahasiswa. Tapi memang baiklah kalau sudi belajar, Maszlee. InsyaAllah ada masa kita akan beri pendapat dan cadangan,” kata Najib.

Maszlee dalam satu temubual dengan Malaysiakini baru-baru berkata, beliau tidak akan menilai dirinya sebagai seorang menteri dalam tempoh enam bulan ini, tetapi melihat dirinya sebagai seorang yang sedang belajar dan memberikan dirinya nilai 9.95 daripada 10.

Untuk rekod, sebelum ini Najib membantah ura-ura Maszlee mahu memasukkan pelajaran skandal 1MDB di dalam buku teks sekolah.

KLIK BACA: Saya tolong orang Melayu, bukan Najib memburukkan mereka – Tun Mahathir

KLIK BACA: Siapa Saadatul Nafisah ‘wanita berani’ dalam kes ubah laporan Audit 1MDB

KLIK BACA: “Saya turun jika himpunan ICERD tuntut pulang duit curi” – Tamrin Ghaffar

KLIK BACA: Kenapa Najib, Hisham tak tahu akibat perang Yaman basah darah Islam, soal Raja Bahrin

KLIK BACA: Dulu PAS bela Najib dan Umno, terlepas peluang bela TH, MARA dan Felda – Raja Bahrin

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share