Bekas Pengarah Prestasi Audit Negara, Hajah Saadatul Nafisah Bashir Ahmad penyimpan salinan asal Audit 1MDB yang diarah dimusnahkan – ketika meninggalkan mesyuarat Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) di Parlimen pada 6 Disember 2018. -Foto Malay Mail oleh Mukhriz Hazim

oleh Shahbudin Husin

Sebagaimana dilaporkan media, di sebalik terdedahnya arahan yang dibuat oleh Najib Razak untuk meminda laporan audit 1MDB yang jelas ianya adalah satu bentuk salah laku dan pengkhianatan kepada negara, segala-galanya bermula dengan hati berani seorang wanita.

Nama wanita berkenaan ialah Saadatul Nafisah yang ketika berlakunya kejadian arahan meminda laporan audit itu beliau berjawatan sebagai Pengarah Sektor Audit Kerajaan di Jabatan Audit Negara.

Meskipun setelah pindaan sebagaimana yang didakwa Dr. Madinah telah diarahkan oleh Najib itu telah disempurnakan dan beliau kemudian diarah untuk memusnahkan salinan asal tersebut.

Namun Saadatul Nafisah yang peranannya menjalankan kerja-kerja audit serta menyediakan laporan audit 1MDB, telah memilih menjadi berani dengan menidakkan arahan yang diberi kepadanya itu.

Beliau sebaliknya menyimpan satu salinan asal yang belum dipinda itu dalam simpanannya, kemudian setelah bersara, beliau menyerahkan salinan asal tersebut kepada pengganti yang mengambil alih jawatannya iaitu Nor Salwani.

Nor Salwani terus menyimpan salinan itu sehinggalah selepas itu beliau menyerahkannya kepada Dr. Madinah Mohamad yang dilantik menjadi Ketua Audit Negara yang baru menggantikan Ambring Buang pada 23 Februari 2017.

Walaupun memiliki salinan asal yang tidak dipinda itu, Dr. Madinah sedar beliau tidak mungkin dapat berbuat apa-apa pada waktu itu kerana pentadbiran kerajaan masih dikuasai oleh Najib dan mereka yang sedia bersekongkol dengannya.

Hanya apabila BN tumbang pada 9 Mei lalu dan teraju kerajaan bertukar tangan, barulah Dr. Madinah memaklumkan kepada PAC bahawa laporan audit yang dibentangkan kepada badan itu adalah laporan yang sudah diubahsuai.

Pada 23 November lalu, Dr. Madinah juga telah membentangkan laporannya kepada Kabinet berkaitan rentetan peristiwa pengubahsuaian laporan audit 1MDB itu serta mendedahkan mereka yang terlibat bersama menjayakan arahan salah laku Najib itu.

Bermakna, tanpa keberanian ketiga-tiga wanita di atas, segala salah laku, penyelewengan dan pengkhianatan Najib tidak mungkin akan tersedah kepada pengetahuan kita semua.

Tanpa jiwa berani dan hati cekal mereka juga, segala-galanya mungkin akan terus tersembunyi daripada pengetahuan rakyat sehingga ke hari ini.

Yang lebih menarik, Dr. Madinah adalah merupakan isteri kepada Ketua UMNO Bahagian Kepong, Rizuan Abd Hamid yang pernah berucap berdegar-degar di Perhimpunan Agung UMNO menyatakan kesediaan untuk mati mempertahankan Najib.

Ternyata dalam hal ini, isteri Rizuan sendiri tidak sanggup mati bersama-sama suaminya untuk membela serta melindungi Najib yang terbukti melakukan salah laku.

Maka, ketiga-tiga wanita ini sepatutnya diberikan penghargaan dan pengiktirafan yang sewajarnya atas sumbangan mereka membongkar satu lagi penyelewengan di peringkat tertinggi kerajaan yang diketuai oleh Najib.

Hajah Saadatul Nafisah Binti Bashir Ahmad bertudung oren. – Foto MiloSuam Blog

Nota Ana Ghoib: Mujurlah kerajaan Pakatan Harapan berjaya menewaskan Barisan Nasional. Oleh itu orang-orang jujur seperti Saadatul Nafisah, Nor Salwani, dan Dr Madinah dapat mendedahkan segala tembelang, penipuan, dan penyelewengan, yang disembunyikan selama ini daripada pengetahuan rakyat.

Satu masa dahulu dalam tahun 2009, Saadatul Nafisah pernah terselamat dalam satu letupan bom di hotel JW Marriot di Jakarta.

Mungkin inilah sebabnya Allah selamatkan beliau pada waktu itu, kerana ada tugas besar untuknya di masa depan di dalam membongkar penyelewengan pemimpin negara.

Sebelum ini Zeti Gabenor BNM, Rafidah Wanita Besi dan bekas naib ketua wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim dipuji kerana menentang rejim Umno. Susunan risalah Berita Mimpi – Ana Ghoib

KLIK BACA: Saya tolong orang Melayu, bukan memburukkan mereka – Tun Mahathir

KLIK BACA: “Saya turun jika himpunan ICERD tuntut pulang duit curi” – Tamrin Ghaffar

KLIK BACA: Kenapa Najib, Hisham tak tahu akibat perang Yaman basah darah Islam, soal Raja Bahrin

KLIK BACA: Dulu PAS bela Najib dan Umno, terlepas peluang bela TH, MARA dan Felda – Raja Bahrin

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share