Najib Razak didakwa memberi arahan meminda laporan akhir audit 1MDB. – Foto Malaysia Chronicle.

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hadir ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira kira jam 10.30 pagi Khamis.

Portal Astro Awani melaporkan beliau dipercayai menaiki kenderaan lain dan gagal dikesan media yang menunggu di hadapan pintu utama SPRM sejak jam 8 pagi.

Najib dipanggil bagi memberi keterangan berhubung Laporan Akhir Pengauditan 1MDB yang diubah seperti didedahkan Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad sebelum ini.

Dalam pendedahan itu, dua perkara penting tidak dimasukkan dalam Laporan Akhir itu mengenai kehadiran Ahli Perniagaan yang diburu Low Taek Jho atau Jho Low dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB dan status kewangan 1MDB.

26 November lalu, Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang telah dipanggil untuk diambil keterangan berhubung kes yang sama.

Semalam, Madinah yang ditemui pemberita selepas sesi prosiding kepada PAC ketika ditanya adakah beliau turut mengemukakan bukti arahan pinda laporan audit datangnya daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya telah bagi semua keterangan kepada PAC, bergantung kepada Pengerusi PAC untuk memaklumkannya,” katanya dipetik Sinar Harian.

Pada 25 November lalu, perenggan berkaitan kehadiran ahli perniagaan yang diburu Jho Low dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB diarah digugurkan dalam penyediaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.

Menurut Madinah, perkara itu diarahkan bekas ketua setiausaha sulit kepada bekas perdana menteri, Tan Sri Shukry Salleh pada 26 Februari 2016 atas alasan mengelak fakta diputar-belit oleh pihak pembangkang ketika itu.

Untuk rekod, Tan Sri Shukry Salleh baru-baru ini dipecat serta-merta dari kedudukannya sebagai pengerusi Bank Rakyat.

KLIK BACA: Siapa¬†Saadatul Nafisah ‘wanita berani’ dalam kes ubah laporan Audit 1MDB

KLIK BACA:¬†“Saya turun jika himpunan ICERD tuntut pulang duit curi” – Tamrin Ghaffar

KLIK BACA: Kenapa Najib, Hisham tak tahu akibat perang Yaman basah darah Islam, soal Raja Bahrin

KLIK BACA: Dulu PAS bela Najib dan Umno, terlepas peluang bela TH, MARA dan Felda – Raja Bahrin

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share