Gambar pertemuan Hishammuddin Hussien dan Najib Razak setelah kehilangan jawatan dan kuasa sebagai Menteri Pertahanan dan Perdana Menteri. – Foto AFP

Bekas menteri pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menjawab pertanyaan Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong berhubung penghantaran pasukan tentera Malaysia ke Arab Saudi bagi menyertai Ops Yaman 2.

Hishammudddin berkata, sehubungan itu untuk menimbulkan soal sama ada penghantaran pasukan tentera itu mendapat kelulusan kabinet di bawah kerajaan lalu, Chin Tong sepatutnya faham tentang hal seperti rahsia negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan sebagainya.

“(Timbalan Menteri Pertahanan) sepatutnya faham apa maksud rahsia negara, apa maksud Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan sebagainya.

“Dia lupa apa dia Majlis Keselamatan Negara. Sebab dia kata tak bawa ke kabinetkan, dia patut tanya pada External Intelligence Research, tanya kepada MKN apa sebenarnya yang kita lakukan tetapi mesti ‘declassify’ maklumat-maklumat kerana ini kepentingan negara.

“Siasat dengan orang yang betul-betul buat (risikan). Dia tak tahu 763 (pelajar) yang kita selamatkan, itu dia tak cerita….Semua itu rahsia negara.

“Saya tak boleh dedahkan sekarang… saya profesional, tetapi kalau nak buat (siasatan), gunakan agensi-agensi di bawah mereka sekarang untuk mencari kebenaran, dan bukan bercakap pada khalayak awam.

“Dalam isu penglibatan kita di Arab Saudi, saya dah jawab berapa kali dalam Dewan, nanti kita boleh edarkan hansard, memang dah ada dalam hansard pun, anggota kita tak ada pun ke Yaman…mereka ditempatkan di Arab Saudi,” katanya kepada Bernama di lobi Parlimen hari ini.

Chin Tong pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat Isnin lalu mempersoalkan sama ada penghantaran tentera negara ini untuk Ops Yaman 2 telah mendapat kelulusan kabinet semasa pemerintahan kerajaan terdahulu.

Chin Tong dilaporkan berkata pada asalnya anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah diatur gerak untuk membawa keluar rakyat Malaysia di Yaman, namun diubah kepada misi membantu pakatan ketenteraan Arab Saudi.

Kerajaan Pakatan Harapan menghentikan operasi itu pada 4 Sept lalu dengan menarik balik pasukan ATM di Arab Saudi atas sebab tidak selaras dengan dasar berkecuali Malaysia. – Bernama

KLIK BACA: Siapa Saadatul Nafisah ‘wanita berani’ dalam kes ubah laporan Audit 1MDB

KLIK BACA: “Saya turun jika himpunan ICERD tuntut pulang duit curi” – Tamrin Ghaffar

KLIK BACA: Kenapa Najib, Hisham tak tahu akibat perang Yaman basah darah Islam, soal Raja Bahrin

KLIK BACA: Dulu PAS bela Najib dan Umno, terlepas peluang bela TH, MARA dan Felda – Raja Bahrin

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share