Pentauliahan pangkat Mejar Jeneral Kehormat dalam Angkatan Sukarela Persekutuan kepada bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah telah tamat berkuat kuasa 31 Mei 2018.

Kementerian Pertahanan dalam kenyataan hari ini berkata penamatan tauliah berkenaan telah dibuat melalui mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke-564 yang bersidang pada tarikh itu.

“Ia menjelaskan penyandang tauliah kehormat boleh dengan secara sukarela memohon supaya tauliahnya dibatalkan atas sebab-sebab peribadi.

“Tauliah kehormat boleh juga ditamatkan apabila pegawai berkenaan tidak lagi menjawat jawatan yang membawa tauliah kehormat tersebut,” kata kenyataan itu.

Pangkat Mejar Jeneral Kehormat kepada Mohd Irwan Serigar diberi atas jawatan beliau yang dilantik sebagai ketua setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan pada 30 Oktober 2015.

“Oleh itu, tauliah tersebut tamat selepas Mohd Irwan Serigar tidak lagi memegang jawatan ketua setiausaha Perbendaharaan,” menurut kenyataan itu. – Bernama

Nota Ana Ghoib: Untuk rekod, sebelum ini tauliah Khairy Jamaluddin juga ditamatkan. Irwan dan Khairy keduanya mendapat tauliah itu semasa sepupu Najib, Hishammuddin menjadi Menteri Pertahanan.

Irwan Serigar didakwa bersama Najib atas tuduhan salahguna kuasa – pernah menari terhegeh-hegeh di atas pentas di Langkawi dalam kempen BN menentang Tun Mahathir pada PRU14.

Tun Dr Mahathir enggan membantu Hishammuddin mencari Jho Low dalang skandal 1MDB atas kapasiti kerajaan. – Sekian Berita Mimpi – Ana Ghoib

KLIK BACA: Kenapa Najib, Hisham tak tahu akibat perang Yaman basah darah Islam, soal Raja Bahrin

KLIK BACA: Mahathir gagal tadbir Malaysia, kata Jho Low selepas didakwa gubah wang haram RM4 bilion

KLIK BACA: Dulu PAS bela Najib dan Umno, terlepas peluang bela TH, MARA dan Felda – Raja Bahrin

KLIK BACA: Rafizi: Terbukti, saya sanggup ke penjara kerana Tabung Haji

KLIK BACA: Razak Baginda lindungi Najib dalam kes Altantuya kenapa, soal peguam Americk Sidhu

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share