Jho Low mengulas isu pendakwaan beliau di mahkamah tanpa kehadirannya dengan menyalahkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir.

KUALA LUMPUR: Low Taek Jho atau Jho Low mendakwa pertuduhan mahkamah yang dikenakan terhadapnya bertujuan mengalihkan perhatian terhadap “kegagalan rejim Mahathir” mentadbir negara.

Ahli perniagaan yang diburu polis seluruh dunia, Jho Low berkata pentadbiran PH, pimpinan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengabaikan kedaulatan undang-undang dan salah tafisr perlembagaan.

“Pendakwaan ini bertujuan mencipta sebuah lagi rasa selamat palsu kerana kerugian politik yang dibawa rejim (Dr) Mahathir sendiri disebabkan kegagalannya dalam isu-isu semasa; mengabaikan kedaulatan undang-undang; dan salah tafsir Perlembagaan yang disengajakan.

“Ia tidak lebih daripada kelangsungan perbicaraan oleh media dan tindak balas politik oleh rejim (Dr) Mahathir,” katanya dalam suatu kenyataan yang dikeluarkan sebuah syarikat perhubungan awam di Sydney, Australia bagi pihaknya.

Low sekali lagi mengulangi pendiriannya yang beliau tidak bersalah pada semua pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

“Cukup jelas yang Low tidak boleh mendapat perbicaraan adil di Malaysia, di mana rejim berulang kali membuktikan yang mereka tidak berminat (menghormati) kedaulatan undang-undang,” kata kenyataan itu lagi.

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam turut mengeluarkan waran tangkap terhadap Jho Low, [orang kanannya] Eric Tan Kim Loong, Tang Keng Chee, Geh Chong Heng, yang ketiga-tiganya merupakan pegawai 1MDB dan seorang wanita, Loo Ai Swan, bekas peguam 1MDB.

Semalam, mahkamah membuat pendakwaan tanpa kehadiran (in absentia) terhadap lima individu itu manakala Jho Low berdepan lima pendakwaan pengubahan wang haram berjumlah AS$1.03 bilion.

Untuk rekod, Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan berkata, beliau tidak kisah jika AS terlebih dahulu dapat menangkap Jho Low kerana Malaysia tetap akan mendapat akses kepadanya.

Perdana Menteri juga turut memberitahu bahawa kerajaan tidak akan membantu usaha peribadi sepupu Najib, Hishammuddin Hussein yang menawarkan untuk mencari Jho Low di China bagi menyelesaikan kemelut skandal 1MDB.

KLIK BACA: Kenapa Najib, Hisham tak tahu akibat perang Yaman basah darah Islam, soal Raja Bahrin

KLIK BACA: Dulu PAS bela Najib dan Umno, terlepas peluang bela TH, MARA dan Felda – Raja Bahrin

KLIK BACA: Rafizi: Terbukti, saya sanggup ke penjara kerana Tabung Haji

KLIK BACA: Razak Baginda lindungi Najib dalam kes Altantuya kenapa, soal peguam Americk Sidhu

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share