Annuar Musa mengulas cadangan MCA meninggalkan Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno. – Foto Malaysiakini

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata selain MCA, masa depan BN turut berada dalam tangan empat parti komponen lain yang bersatu dalam gabungan terbabit.

Atas sebab itu, katanya, pandangan semua parti dalam BN perlu diambil kira terlebih dulu.

“Jika BN dibubarkan, ke mana kita akan pergi? Ke mana arahnya? Pembubaran tidak akan menyelesaikan masalah.

“Kita tidak akan menang pilihan raya hanya kerana dibubarkan, sebaliknya adalah soal bagaimana kita nak bergerak ke depan,” katanya seperti dilapor NSTP.

Annuar berkata, MCA sepatutnya mempertimbangkan untuk meninggalkan BN, bukannya mengeluarkan cadangan BN dibubarkan.

Katanya, adalah lebih mudah untuk parti lain dalam BN jika MCA mengambil keputusan untuk keluar.

KLIK BACA: Rafizi: Terbukti, saya sanggup ke penjara kerana Tabung Haji

KLIK BACA: Tabung Haji palsukan akaun, dana kurang 4 bilion dari 64 bilion yang dideposit

KLIK BACA: Jho Low kaya raya kini hidup macam TIKUS – Dr Mahathir

KLIK BACA: Razak Baginda lindungi Najib dalam kes Altantuya kenapa, soal peguam Americk Sidhu

KLIK BACA: Wahai Tun Mahathir, maafkanlah Najib dan Rosmah berdamailah

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share