Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata, apa jua keputusan MCA berhubung keanggotaan dalam gabungan itu akan dihormati.

Ahmad Zahid berkata demikian sebagai mengulas cadangan agar MCA meninggalkan BN yang merupakan antara agenda dibincangkan perwakilan parti itu pada Mesyuarat Agung Tahunannya yang berakhir hari ini.

Bagaimanapun, jelas Ahmad Zahid yang juga merupakan presiden Umno, BN tidak ada menerima sebarang permohonan rasmi daripada MCA untuk keluar daripada gabungan itu.

Tambahnya, BN juga mempunyai banyak parti lain berteraskan kaum Cina, selain MCA.

MCA dan Umno adalah dua parti terawal membentuk gabungan dikenali sebagai Perikatan pada 1952 sebelum disertai MIC dan dijenamakan semula sebagai BN pada 1973.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, MCA hanya memenangi satu kerusi Parlimen iaitu Ayer Hitam yang diwakili presidennya Datuk Seri Wee Ka Siong yang pada masa itu memegang jawatan timbalan presiden parti.

KLIK BACA: Tabung Haji palsukan akaun, dana kurang 4 bilion dari 64 bilion yang dideposit

KLIK BACA: Seleweng dana Tabung Haji, Asyraf Wajdi pergi mana? soal ARMADA Bersatu

KLIK BACA: Jho Low kaya raya kini hidup macam TIKUS – Dr Mahathir

KLIK BACA: Razak Baginda lindungi Najib dalam kes Altantuya kenapa, soal peguam Americk Sidhu

KLIK BACA: ‘Datuk Seri’ Dr Dzulkefly sombongnya tiada kompromi hisap rokok

KLIK BACA: Wahai Tun Mahathir, maafkanlah Najib dan Rosmah berdamailah

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share