Jho Low dan Najib Razak pemain utama skandal 1MDB. – Foto Reuters/JinWei Foundation

Low Taek Jho, atau Jho Low, akan dihadapkan ke mahkamah berhubung skandal 1Malaysian Development berhad (1MDB) di empat Mahkamah Sesyen berasingan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau akan didakwa tanpa hadir [in-absentia] bersama empat yang lain termasuk orang kanannya Eric Tan Kim Loong.

Jho Low akan didakwa tanpa kehadirannya (absentia) di empat Mahkamah Sesyen berbeza begitu juga dengan empat individu lagi.

Difahamkan mereka akan didakwa berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sehingga kini Jho Low masih bersembunyi dan dikehendaki di seluruh dunia.

Pada Ogos, Mahkamah Sesyen mengeluarkan waran tangkap terhadap ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low dan bapanya, Tan Sri (Larry) Low Hock Peng.

Mereka berdua dikehendaki pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung tuduhan pengubahan wang haram berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut laporan The Edge, Jho Low dipercayai dikenakan lapan tuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan, 2001 (Akta 613) kerana memindahkan wang tunai.

Menurut laporan itu, Hock Peng turut berdepan satu tuduhan memindahkan AS$56 juta (RM230 juta) kepada anaknya.

Sementara itu, berkenaan tawaran sepupu Najib Razak, Hishammuddin Hussein untuk mencari Jho Low di China, Dr Mahathir berkata beliau bebas mencarinya.

“Beliau (Hishammuddin) boleh berbuat demikian jika mahu. Kita tidak akan beri apa-apa bantuan langsung.

“Kita tidak perlukan beliau untuk menjadi wakil kerajaan dalam hal itu, beliau boleh buat sendiri.

“Kalau dia kata dia boleh buat, kita alu-alukan,” katanya sewaktu ditemui media dalam lawatan kerjanya di Bangkok pada Oktober.

KLIK BACA: Rafizi: Terbukti, saya sanggup ke penjara kerana Tabung Haji

KLIK BACA: Tabung Haji palsukan akaun, dana kurang 4 bilion dari 64 bilion yang dideposit

KLIK BACA: Jho Low kaya raya kini hidup macam TIKUS – Dr Mahathir

KLIK BACA: Razak Baginda lindungi Najib dalam kes Altantuya kenapa, soal peguam Americk Sidhu

KLIK BACA: Wahai Tun Mahathir, maafkanlah Najib dan Rosmah berdamailah

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share