Akhbar Singapore Straits Times melaporkan Lembaga Tabung Haji didakwa memalsukan buku akaun untuk menunjukkan prestasi yang baik untuk mewajarkan pembayaran dividen 6.25 peratus yang diumumkan menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Singapore Straits Times memetik pegawai kanan yang berkata Tabung Haji memalsukan akaun tahun lalu untuk menunjukkan bayaran dividen.

Dividen berjumlah RM2.7 bilion – dari keuntungan bersih RM2.8 bilion – dibayar tiga bulan sebelum PRU pada 9 Mei lalu.

Turut dinyatakan bahawa sebanyak RM4 bilion kurang daripada RM64 bilion yang dimasukkan pendeposit.

Dakwaan terbaru itu timbul ketika lembaga pengarah Tabung Haji membuat laporan polis terhadap bekas penerajunya dengan mendakwa RM22 juta dari dana Yayasan Tabung Haji [YTH] telah disalahgunakan untuk tujuan politik.

YTH ditubuhkan pada tahun 2016 untuk melaksanakan antara lain, bantuan kemanusiaan dan untuk menyumbang kepada yang kurang mampu, golongan miskin dan yang memerlukan. TH menyumbang RM7.0 juta kepada program tersebut.

Laporan itu juga menyatakan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) sedang mempertimbangkan cara untuk menguruskan dana simpanan berkenaan.

Semalam, Pengarah Urusan Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung (TH) Datuk Seri Zukri Samat memberi jaminan kepada semua pendeposit bahawa simpanan mereka selamat.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Bernama mengenai kesan laporan polis baru-baru ini terhadap bekas Pengerusi TH, bekas pegawai eksekutif dan kakitangan pengurusan kanan.

“Laporan polis itu tidak memberi kesan kepada operasi TH. Perniagaan adalah seperti biasa bagi kami. Para pendeposit harus meletakkan kepercayaan bahawa Tabung Haji akan mempastikan simpanan mereka selamat,” katanya.

Isu mengenai pengurusan Tabung Haji diperkatakan sekurang-kurangnya sejak beberapa tahun lalu apabila bekas naib presiden PKR Rafizi Ramli membuat pendedahan pada 2016.

Malah dia didakwa di mahkamah kerana membuat kenyataan mengenai “tohmahan” ke atas Tabung Haji.

KLIK BACA: Rafizi: Terbukti, saya sanggup ke penjara kerana Tabung Haji

KLIK BACA: Seleweng dana Tabung Haji, Asyraf Wajdi pergi mana? soal ARMADA Bersatu

KLIK BACA: Jho Low kaya raya kini hidup macam TIKUS – Dr Mahathir

KLIK BACA: Razak Baginda lindungi Najib dalam kes Altantuya kenapa, soal peguam Americk Sidhu

KLIK BACA: ‘Datuk Seri’ Dr Dzulkefly sombongnya tiada kompromi hisap rokok

KLIK BACA: Wahai Tun Mahathir, maafkanlah Najib dan Rosmah berdamailah

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share