Akta Pembaziran Makanan bakal diwujudkan dalam usaha kerajaan menangani isu pembaziran makanan yang berleluasa di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata kerajaan yakin jika pembaziran makanan dapat dikurangkan secara tidak langsung ia dapat membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.

“Saya menganjurkan masyarakat supaya mengelakkan tabiat pembaziran makanan. Secara purata rakyat Malaysia membuang satu kilogram makanan setiap hari.

“Jangan membazir…ini mesej yang hendak saya sampaikan (bahawa) kerajaan sedang mengkaji dengan teliti keperluan menggubal Akta Pembaziran Makanan daripada pelbagai sudut.

“Sekiranya pembaziran makanan dapat dikurangkan secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat,” katanya dipetik NSTP ketika berucap pada Majlis Penutup Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2018, di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub, dan Timbalannya, Sim Tze Tzin.

Dr Wan Azizah berkata, pada masa sama, beberapa langkah lain turut dipertimbangkan seperti mengenakan denda kepada pelanggan di hotel dan restoran yang membazirkan makanan.

“Kita juga mempertimbangkan langkah termasuk Program Food Bank Malaysia yang dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang mana lebihan makanan yang diperoleh daripada pasar raya besar seperti roti, sayur dan buah-buahan diagihkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Sebelum ini beberapa pihak termasuk Menteri Perdagangan Hal Ehwal Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia turut menggesa diwujudkan akta berkenaan.

KLIK BACA: Seleweng dana Tabung Haji, Asyraf Wajdi pergi mana? soal ARMADA Bersatu

KLIK BACA: Jho Low kaya raya kini hidup macam TIKUS – Dr Mahathir

KLIK BACA: Razak Baginda lindungi Najib dalam kes Altantuya kenapa, soal peguam Americk Sidhu

KLIK BACA: ‘Datuk Seri’ Dr Dzulkefly sombongnya tiada kompromi hisap rokok

KLIK BACA: Wahai Tun Mahathir, maafkanlah Najib dan Rosmah berdamailah

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share