Kerajaan melancarkan pas perjalanan tanpa had My100 dan My50 sebagai langkah mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kemudahan itu yang akan bermula di Lembah Klang pada 1 Januari 2019, turut akan diperluaskan ke negeri lain pada masa akan datang.

“Sebagai percubaan kita akan mula di Kuala Lumpur supaya kita dapat tahu sekiranya ada kelemahan untuk diperbetulkan.

“Ini yang menjadi pemikiran PH untuk mengurangkan beban rakyat agar mereka boleh menikmati kehidupan lebih sempurna,” katanya pada majlis pelancaran pas My100 dan My50 di KL Sentral, hari ini.

Turut hadir Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dan Menteri Pelanco­ngan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi.

Dr Mahathir berkata pengenalan pas perjalanan itu juga sebagai inisiatif kerajaan ke arah mengalakkan budaya sistem transaksi tanpa wang (cashless society) yang antara lain dapat mengekang gejala rasuah.

“Cash ni selalunya rasuah tapi cashless susah kita nak sogok rasuah kerana setiap perjalanan akan direkod supaya kita dapat tahu siapa yang menerima dan memberi.

“Kalau rasuah berleluasa di negara kita, apa juga kerja akan jadi mahal sebab perlu bayar kepada pihak-pihak tertentu untuk meluluskan sesuatu permintaan,” katanya.

Dalam ucapannya, Dr Mahathir berkata seperti janji manifestonya Pakatan Harapan sentiasa berusaha mengurangkan kos sara hidup rakyat dan kerajaan terbuka menerima pandangan daripada mana-mana pihak untuk penambahbaikan atau cadangan.

Terdahulu, Dr Mahathir turut berkesempatan menaiki sistem transit aliran ringan LRT dari stesen Universiti ke KL Sentral bagi majlis pelancaran.

Langganan boleh dibuat menggunakan MyKad, MyKid dan MyTentera di kiosk dan fungsi Touch and Go bagi memastikan perkhidmatan itu hanya dinikmati oleh rakyat Malaysia sahaja.

Menerusi pas My100, pelanggan boleh menikmati semua perkhidmatan rel dan bas RapidKL termasuk Transit Aliran Massa ( MRT), LRT, Monorel, transit aliran bas BRT Sunway, bas RapidKL dan bas pengantara MRT tanpa had dalam tempoh 30 hari dengan hanya RM100.

Bagi pas My50 pula, penumpang boleh menaiki semua bas RapidKL dan bas pengantara MRT (tidak termasuk BRT) tanpa had sepanjang 30 hari dengan bayaran RM50.- Bernama

KLIK BACA: Seleweng dana YTH untuk orang miskin bagi tujuan politik, Tabung Haji lapor polis

KLIK BACA: Jho Low kaya raya kini hidup macam TIKUS – Dr Mahathir

KLIK BACA: Kenapa Najib arah buang maklumat Jho Low, OSA laporan audit?

KLIK BACA: Razak Baginda lindungi Najib dalam kes Altantuya kenapa, soal peguam Americk Sidhu

KLIK BACA: ‘Datuk Seri’ Dr Dzulkefly sombongnya tiada kompromi hisap rokok

KLIK BACA: Wahai Tun Mahathir, maafkanlah Najib dan Rosmah berdamailah

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share