Tabung Haji membuat laporan polis terhadap Azzez Rahim dan Ismee Ismail dan beberapa individu pengurusan tertinggi lembaga pengurusan Haji umat Islam di Malaysia. – Foto Sinar Harian

Lembaga Tabung Haji (TH) mendedahkan dana lebih RM22 juta digunakan untuk tujuan politik pada tahun lalu.

Perkara ini timbul hasil siasatan dalaman pertama pengurusan baharu yang dilantik Julai 2018 terhadap transaksi yang berlaku semasa pentadbiran kerajaan BN yang dipimpin Datuk Seri Najib Tun Razak.

TH dalam satu kenyataan berkata, pemegang amanah Program Yayasan Tabung Haji (YTH) ketika itu termasuk bekas Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Ismee Ismail.

Sehubungan itu, TH telah membuat laporan polis mengenainya semalam.

“Laporan pertama melibatkan YTH 2017 di mana dana lebih RM22 juta telah dikeluarkan untuk aktiviti yang mempunyai kecenderungan politik.

“Ia bertentangan dengan Memorandum dan Artikel Persatuan YTH,” kata TH dalam kenyataan tersebut.

Menurut TH, selain Azeez dan Ismee dua lagi individu turut bertindak sebagai pemegang amanah YTH iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Johan Abdullah; Ketua Pegawai Operasi, Datuk Adi Azuan dan Ketua Pegawai Kewangan, Datuk Rozaida Omar.

TH dalam kenyataan itu berkata, pihaknya telah menyumbang RM7 juta kepada YTH yang ditubuhkan tahun 2016 untuk bantuan kemanusiaan dan golongan kurang berkemampuan serta miskin itu.

Selain itu, TH turut membuat laporan polis berhubung penjualan saham pada tahun 2012.

“Ini berhubung salah nyata dan menyembunyikan maklumat penting melibatkan penjualan salam TH sebanyak 95 peratus salam PT TH Indo Plantations yang dipegang oleh dua anak syarikat, TH Indopalms Sdn Bhd dan TH Indo Industries Sdn Bhd kepada PT Borneo Pacific dengan harga AS$910 juta.

“Laporan dibuat ke atas Ismee, Penasihat Undang-undang, Hazlina Mohd Khalid dan Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat dan Harta Tanah, Rifina Md Ariff,” katanya.

KLIK BACA: Jho Low kaya raya kini hidup macam TIKUS – Dr Mahathir

KLIK BACA: Kenapa Najib arah buang maklumat Jho Low, OSA laporan audit?

KLIK BACA: Razak Baginda lindungi Najib dalam kes Altantuya kenapa, soal peguam Americk Sidhu

KLIK BACA: ‘Datuk Seri’ Dr Dzulkefly sombongnya tiada kompromi hisap rokok

KLIK BACA: Wahai Tun Mahathir, maafkanlah Najib dan Rosmah berdamailah

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share