Seorang wanita yang terlibat dalam kegiatan mencuri duit tabung masjid di sekitar Butterworth, ditahan polis ketika sedang melakukan perbuatan tersebut di sebuah masjid di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Noorzainy Mohd Noor berkata wanita berusia 30-an itu ditahan pada 1.30 pagi oleh anggota jawatankuasa sebuah masjid di Butterworth, yang sedang membuat pemantauan di situ selepas beberapa kali wang tabung masjid berkenaan dicuri.

“Mereka bertindak menangkap wanita itu ketika dia sedang mencuri duit dalam tabung di situ dan kejadian berkenaan turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat dalam masjid tersebut,” katanya di sini malam tadi.​​​​​​​

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, wanita itu mengaku sudah empat kali mencuri duit tabung masjid berkenaan dan beberapa kali di masjid lain.

Noorzainy berkata polis turut merampas wang tunai RM80 daripada wanita itu, dipercayai duit dicuri dalam tabung masjid tersebut.

“Wanita itu yang turut positif dadah dan mempunyai satu rekod lampau berkaitan jenayah kini direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya. – Bernama

KLIK BACA: Seleweng dana YTH untuk orang miskin bagi tujuan politik, Tabung Haji lapor polis

KLIK BACA: Jho Low kaya raya kini hidup macam TIKUS – Dr Mahathir

KLIK BACA: Razak Baginda lindungi Najib dalam kes Altantuya kenapa, soal peguam Americk Sidhu

KLIK BACA: ‘Datuk Seri’ Dr Dzulkefly sombongnya tiada kompromi hisap rokok

KLIK BACA: Wahai Tun Mahathir, maafkanlah Najib dan Rosmah berdamailah

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share