Hanipa Maidin menyindir Presiden PAS Hadi Awang isu himpunan bantah ICERD di Kuala Lumpur pada 8 Disember. – Foto Astro Awani

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin mengulas kenyataan dibuat Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini, merujuk kepada keputusan PAS untuk tetap berhimpun di Kuala Lumpur pada 8, Disember.

Hanipa yang pernah menjadi salah seorang pemimpin PAS sebelum menyertai parti AMANAH, secara sinis mengingatkan Abdul Hadi supaya memberikan pengajaran yang betul.

“Kami memang dahagakan ilmu. Jika boleh, ajarlah kami di parlimen. Janganlah tok guru selalu miss (tidak hadir) sidang, nanti kami tiada guru tau,” katanya berseloroh.

Hanipa secara sinis turut meminta Abdul Hadi tidak mengajar menteri Pakatan Harapan (PH) seperti PAS memahami skandal 1MDB.

“Janganlah macam mengajar subjek 1MDB dulu. Bukan apa, dulu bila lihat cikgu (PAS) ajar orang lain tentang 1MDB, kami rasa macam susah sangat nak faham,” katanya.

Sebelum itu, Abdul Hadi berkata PAS perlu meneruskan himpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) untuk “mengajar” menteri PH.

“Semua menteri pakat buat kenyataan belaka, jadi celarulah. Sebab itu ada orang kata, kena ‘mengaji’ menteri ini, kena belajar.

“Perlu diajar menteri-menteri ini supaya faham,” tegasnya.

KLIK BACA: Seleweng dana YTH untuk orang miskin bagi tujuan politik, Tabung Haji lapor polis

KLIK BACA: Jho Low kaya raya kini hidup macam TIKUS – Dr Mahathir

KLIK BACA: Kenapa Najib arah buang maklumat Jho Low, OSA laporan audit?

KLIK BACA: Razak Baginda lindungi Najib dalam kes Altantuya kenapa, soal peguam Americk Sidhu

KLIK BACA: ‘Datuk Seri’ Dr Dzulkefly sombongnya tiada kompromi hisap rokok

KLIK BACA: Wahai Tun Mahathir, maafkanlah Najib dan Rosmah berdamailah

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share