Pesawat Vietjet hilang tayar depan ketika melakukan pendaratan di Buon Ma Thuot. – Foto AFP

HANOI: Enam cedera selepas tayar pesawat Vietjet Airbus yang baru sampai tercabut ketika ia melakukan pendaratan cemas di tengah Vietnam, kata pegawai hari ini.

Kejadian berlaku ketika industri penerbangan Asia Tenggara yang semakin rancak diberi perhatian susulan nahas Lion Air di Indonesia bulan lalu, yang dipersalahkan ke atas masalah teknikal dengan pesawat Boeing 737 baru yang gagal diperiksa syarikat penerbangan.

Petang semalam, pesawat itu hilang tayar depan ketika melakukan pendaratan di Buon Ma Thuot dari Ho Chi Minh City, menurut Kementerian Pengangkutan.

Penerbangan itu berhadapan kejadian serius ketika mendarat, iaitu dua tayar depannya hilang, menurut laporan yang dilihat AFP ditulis kementerian kepada Perdana Menteri.

Imej yang disiarkan penerbitan industri itu, FlightGlobal menunjukkan tayar depan tercabut dan gelungsur kecemasan dikeluarkan.

Seramai 207 penumpang penerbangan itu selamat dipindahkan tetapi enam daripada mereka dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan ringan, kata Pihak Berkuasa Penerbangan Sivil Vietnam.

Kapal terbang Airbus A321 itu dihantar kepada syarikat penerbangan Vietjet dua minggu lalu, walaupun tidak diketahui sama ada ia pesawat baru. — AFP

KLIK BACA: Jho Low kaya raya kini hidup macam TIKUS – Dr Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share