Perdana Menteri Tun Dr Mahathir lancar parti Pribumi Bersatu di Sarawak. – Foto The Malaysian Insight

KUCHING: Pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), di Dewan Suarah Bintulu, esok turut mencipta sejarah baharu di mana parti disertai Perdana Menteri, buat pertama kali bertapak di Sarawak.

Sebelum tumbangnya UMNO/ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Mei lalu, parti UMNO yang mendominasi kerusi Perdana Menteri sejak enam dekad, tidak ‘dibenarkan’ masuk di Bumi Kenyalang.

Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi BERSATU, terus memecahkan tradisi apabila dijadualkan melancarkan penubuhan BERSATU, parti yang diasaskannya, masuk ke Sarawak, sekali gus melengkapkan kehadiran semua parti komponen Pakatan Harapan (PH) selepas PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

Dr Mahathir pernah menjadi Perdana Menteri buat kali pertama sebagai Presiden UMNO, selama 22 tahun, bermula 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003.

Beliau sekali lagi dilantik sebagai ‘MO1’, pada 10 Mei lalu, susulan kemenangan PH menumbangkan UMNO/BN sebagai Kerajaan Persekutuan, buat pertama kali.

Kehadiran BERSATU ke negeri ini tidak boleh dipandang remeh kerana sebelum ini parti berkenaan secara terbuka mengumumkan tidak akan bertapak di Sarawak, andai tiada sambutan daripada rakyat tempatan.

Pada September lalu, penyelaras penubuhan BERSATU Sarawak yang juga Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, dalam kunjungan ke negeri ini berkata, BERSATU masuk sekiranya ‘tuan rumah’ menjemput mereka.

Mengikut data terkini, jumlah keahlian tidak rasmi BERSATU Sarawak kini sudah mencapai angka 30,000 ahli di semua 31 kawasan Parlimen di Sarawak.

Hanya selepas enam bulan berakhirnya PRU-14, barulah BERSATU bersetuju melancarkan parti itu di Bumi Kenyalang, dengan membawa agenda lebih ‘niche’ untuk membela sosio ekonomi masyarakat luar bandar, termasuk meningkatkan pendapatan peniaga kecil.

Walaupun begitu, BERSATU tidak mahu tergesa-gesa mensasarkan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mahu ditandinginya, menjelang Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) pada 2021.

Namun, pastinya parti itu tidak mahu mensia-siakan kelebihan politik dimilikinya selepas ahli parlimennya menguasai tiga kementerian utama yang cukup bermakna kepada pembangunan Sarawak, selain membawa cogan kata, BERSATU adalah parti bagi semua rakyat Malaysia, termasuk di Sarawak.

Tiga kementerian dikuasai BERSATU adalah Kementerian Kemajuan Luar Bandar, diterajui Datuk Seri Rina Mohd Harun; Kementerian Pembangunan Usahawan (Mohd Redzuan) dan Menteri Pendidikan (Dr Maszlee Malik).

Ketiga-tiga kementerian sangat berkait rapat dengan kehidupan rakyat Sarawak terutama di kawasan luar bandar dan pastinya kelebihan itu berpotensi menggugat kedudukan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menjelang PRN-12 kelak, selepas PH dilihat masih kukuh menguasai kawasan bandar. – Berita Harian

KLIK BACA: Seleweng dana YTH untuk orang miskin bagi tujuan politik, Tabung Haji lapor polis

KLIK BACA: Jho Low kaya raya kini hidup macam TIKUS – Dr Mahathir

KLIK BACA: Kenapa Najib arah buang maklumat Jho Low, OSA laporan audit?

KLIK BACA: Razak Baginda lindungi Najib dalam kes Altantuya kenapa, soal peguam Americk Sidhu

KLIK BACA: ‘Datuk Seri’ Dr Dzulkefly sombongnya tiada kompromi hisap rokok

KLIK BACA: Wahai Tun Mahathir, maafkanlah Najib dan Rosmah berdamailah

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share